Assalamualaikum semua...
Hari ni aku nak share dengan kamu satu lagu. Lagu yang buat air mata ku bergenang, menitis, dan terus mengalir di pipi ku, setiap kali aku mendengar dan menghayatinya.
Lagu yang menyedarkan aku tentang hakikat kejadianku sebagai HAMBA dan KHALIFAH di atas muka bumi ni.
Lagu yang mengingatkan aku akan adanya Allah, dalam hati ku, dan kebersamaanNYA dalam setiap nafas ku.
Lagu yang mengembalikan semangat ku yang pernah hilang tatkala dirundum masalah dan dugaan.
Lagu yang terus-terusan membuatkan aku merasai kehadiranNYA, dan terus-terusan menyemarakkan rasa rindu ku padaNYA.
"Alangkah susahnya mendidik nafsuku, Yang tidak dapat melihat kebenaranMU, Bantulah hambaMU dalam mendidik jiwaku ini.."
Terima kasih Saujana!
-_-
Tuesday, May 12, 2009
Aku nak share sesuatu...
Posted by MAR at 10:56 AM 0 comments
Labels: Rahsia Bicara Hati
Sunday, May 10, 2009
Happy Ummi's Day!

To all my friends and readers...
Mu'wiyah Ibn Jahimah (may Allah be pleased with him) reported that he once came to the Prophet (peace be upon him) and said: "O, messenger of Allah! I intend to go to jihad. I have come to you seeking your good counsel". He (the Prophet) asked him: "Is your mother alive?" "Yes" Jahimah replied. The Prophet then said "Hold fast onto (serving) her as Paradise lies near her foot"
[An-Nasa'i]
Abu Hurairah (may Allah be pleased with him) said: "A man came to the Messenger of Allah (peace be upon him) and said: "O Messenger of Allah, who among the people is the most deserving of my good companionship?" He said, "Your mother". The man asked "Then who?" He said "Your mother". He asked "Then who?" He said "Your mother". He asked "Then who?" Prophet said "Your father."
[Al-Bukhari and Muslim]
Your Lord has decreed that you worship none but Him, and that you be kind to parents. Whether one or both of them attains old age in your life, say not to them a word of contempt, nor repel them, but address them in terms of honor. And out of kindness, lower unto them the wing of humility, and say: "My Lord, bestow on them Your Mercy as they cherished me in childhood"
[17:23-24]
One ticket to Heaven, to our eternal abode, lies with our obedience and sense of duty to our mothers. They are one of the ticket bearers and hold one of our admission tickets to Paradise!
^_^
Posted by MAR at 10:04 PM 0 comments
Friday, May 8, 2009
Memang Allah sengaja
memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita
dapat menjadi penilai yg baik.
memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita
sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg
sentiasa mengharapkan pertolongan
ALLAH.
memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita
dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS
UNTUK DIRI KITA.
memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita
sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH &
PENYAYANG kerana mengingatkan kita
bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat
untuk kita dan kehidupan kita pada
masa depan…
memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita
dapat mengutip pengalaman yg tak semua
orang berpeluang untuk mengalaminya.
memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita jadi
MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.
memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita
lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK
HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita
LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK
SELAMANYA KEKAL…

Renung-renungkanlah -_-
Posted by MAR at 10:04 PM 5 comments
Labels: Rahsia Bicara Hati
Thursday, May 7, 2009
HATI BESAR , hati kecik
Perusahaan keluarga Aqso sudah jatuh bankrupsi. Beliau bersama ibu, bapa, dan isteri telah dihalau keluar dari villa mereka, dan villa itu telah disita. Mereka sekeluarga terpaksa menyewa di sebuah rumah usang dan tidak lagi se'gah' villa yang lama. Rumah yang hanya ada sebuah bilik dan ruang tamu yang kecil. Pada waktu malam, nyamuk dan serangga berpesta di seluruh kawasan rumah tersebut, luar dan dalam. Darah mereka menjadi hidangan utama juga pencuci mulut buat serangga-serangga tu sume.
Ibu: Bang, betul ke kita sume akan tinggal kat sini? Rumah ni terlalu kecik untuk menempatkan kita 4 orang.
Bapa: Iya, sayang. Buat sementara ni, kita tinggal je kat sini. Ni je rumah sewa paling murah yang abang dapat cari.
Ibu: Tapi bang, muat ke........?
Aqso: Ma, kecik atau besar rumah ni, tak penting. Yang penting hati kita. Kalau rumah besar sekalipun, bila hati kita kecik, kebahagiaan takkan dapat kita kecapi. Tapi kalau hati kita besar, rumah yang kecik pun kita akan rasa besar. Dan bahagia pun akan menyusul dalam jiwa kita sume nanti.
Ibu: ..... [tak reti nak jawap pe] .....
*Notakaki = Mungkin ape yang Aqso maksudkan 'hati besar' dan 'hati kecik' tu ialah seluas mana kita dapat berlapang dada dengan apa sahaja ujian yang Allah beri pada kita. Dan setinggi mana tahap kesyukuran kita terhadap apa yang Allah kurniakan pada kita.
Bapa: Aqso, kamu tahu tak. Hidup kita ni seperti roda. Ada masa kita berada di atas. Dan sampai masanya, kita pasti akan ke bawah juga.
Aqso: Betul, Pa. Di atas atau di bawah sebenarnya sama je. Kita semua pasti akan diuji. Cuma bentuk ujian tu mungkin berbeza. Kesenangan tu tak berpanjangan. Kesusahan juga bukan selamanya.
Bapa: Nampaknya, kita harus mulakan semuanya dari awal. Mari kita mulakan hidup baru!
^_^
Posted by MAR at 4:36 PM 0 comments
Labels: Rahsia Ummah
Wednesday, May 6, 2009
Di manakah kita Nanti??
Baru-baru ni aku terdengar dari sorang kawan, yang mengatakan, salah seorang ahli kumpulan nasyid terkenal, dah 'tergelincir dari landasan' dakwah melalui nasyidnya. Mula-mula dengar, aku macam tak percaya. Tapi lepas ditunjukkan video yang membuktikan kebenaran khabar tersebut, Astaghfirullah... Hanya perkataan tu yang mampu ku lafazkan.
Siapa sangka, seorang yang bergelar Ustaz, tiba-tiba berubah terus kepada keadaan sebaliknya. Dia sekarang seolah-olah lupa akan segala ilmu yang pernah dipelajarinya dulu. Dan seolah-olah telah mempersendakan segala bentuk dakwah yang dia dah sampaikan kepada orang ramai satu masa dulu. Wallahua'lam.
Itulah qadar Allah. Macam yang hadis ke-4 susunan Imam Nawawi (hadis kat atas tuh) kata. Hidayah milik Allah. Bila-bila masa Dia boleh bagi hidayah tu kat sape-sape pun. Dan bila-bila masa jugak Dia boleh tarik balik hidayah tu dari sape-sape yang Dia kehendaki.
Tak mungkin bagi manusia kat dunia ni untuk memutuskan bahawa diri dia akan masuk syurga atau neraka. Amalan kita yang akan jadi sebab, di mana kita Nanti. Amal perbuatan dinilai di akhirnya. Jadi, kita janganlah terpedaya dengan kondisi kita di saat ini. Kita kena selalu mohon kepada Allah agar diberi keteguhan dan pengakhiran yang baik (husnul khotimah).
Resah aku bila memikirkan. Bagaimana agaknya keadaan aku bila ditarik nyawa oleh malaikat maut nanti. Apakah pada waktu tu aku sedang menonton drama televisyen, atau menonton rancangan bual-bicara Islam? Apakah pada waktu tu aku sedang membaca novel cinta, atau membaca kitab Allah? Mungkinkah pada waktu tu aku sedang ber'foya-foya' bersama kawan-kawan di shopping complex, atau mendengar kuliyah agama. Mungkin juga kah pada waktu tu, aku sedang borak-borak kosong sambil mengumpat, atau sedang berkongsi ilmu dengan sahabat se-usrah?
Ya Allah, aku takut. Aku bimbang. PadaMu ku mohon. Tetapkanlah aku di atas jalanMu. Matikan aku dalam agamaMU..
"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau memberi petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kami nikmat dari sisiMu. Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi Kurnia. Amiin ya rabbal 'alamin"
Kesian kat saudara kita yang 'tergelincir dari landasan' tu. Cuba bayangkan kalau dia adalah kawan kita, sahabat kita, atau saudara terdekat kita. Sanggup ke kita biarkan dia terus-terusan begitu? Sanggup ke kita biarkan orang ramai dan masyarakat mencaci dan memburuk-burukkan dia? Mungkin semua ni adalah ujian Allah buat dirinya dan juga buat kita semua. Mari sama-sama kita doakan moga dia kembali ke pangkal jalan. Dan moga Allah pelihara Iman dan hidayah yang telah Dia berikan pada kita. Insya-Allah..
Posted by MAR at 4:03 PM 2 comments
Labels: Rahsia Ummah
Tuesday, May 5, 2009
Buat yang belum bertunang/berkahwin
BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIIM..
Tadi aku terbaca satu artikel kat majalah Solusi terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd. Artikel ditulis oleh Ustaz Hasrizal. Aku sangat-sangat terkesan dengan apa yang disampaikan oleh Ustaz. Artikel tu ditujukan khas buat mereka yang bergelar muslimah yang sangat-sangat menitikberatkan soal aurat dan batas pergaulan dengan kaum lelaki. Dan juga amnya buat semua wanita yang beragama Islam.
Agak tersindir juga aku pada mulanya, bila 'subject' yang di'point' adalah gadis remaja yang ada basic ilmu agama, mengamalkan cara hidup Islam, memahami dengan sebenar-benarnya prinsip hukum menutup aurat. Senang citer, yang pakai tudung melebihi paras dada, labuh, tebal, berbaju kurung atau jubah atau berT-shirt labuh bawah punggung, berstokin kaki dan tangan. Golongan ni la yang selalu dirujuk sebagai 'alim', 'baik', 'ustazah', 'solehah', dan macam-macam lagi la panggilan masyarakat.
Tapi, se'alim' mana pun seseorang gadis tu, KESUCIAN HATI memang susah untuk dijaga. Aku mengaku itu. Bila sebut soal cinta, hati dan perasaan ni, takde beza pun, antara yang pakai tudung labuh atau tudung biasa, atau yang tak pakai tudung pun. Once dah terjerat dalam 'perangkap' tu, mereka yang pakai tudung labuh pun bertindak sama macam yang lain-lain, walaupun ilmu agama mereka lebih mendalam. Yang bezanya, 'kebijaksanaan' mereka yang bertudung labuh tu untuk menutup kesalahan a.k.a dosa mereka di hadapan orang ramai.
Biasanya yang kita nampak, orang bercinta ni, kerap ber'dating, ber'gayut', berbalas sms, bertukar-tukar hadiah harijadi, dan macam-macam lagi la (lu pikir la sendiri). Tapi lain caranya bagi mereka yang dipanggil 'alim' ni. Jangan tak tahu, mereka pun bercinta jugak. Sebab mereka pun insan biasa yang ada naluri untuk menyayangi dan disayangi.
Cinta 'ana'-'enta'-'enti'
" Semakin ramai siswa-siswi hari ni berani membuat hukum sendiri bahawa kononnya cinta mereka adalah suci kerana mereka ber'sms hal-hal iman dan amal serta nasihat-nasihat yang baik. Namun hakikatnya, yang terangsang bukanlah keinginan untuk beribadah dan beramal, tapi gelodak nafsu dan tipuan yang licik dari syaitan."
Contoh paling biasa, si lelaki menghantar sms atau miscall kepada si gadis pada pukul 4 pagi untuk mengejutkannya bangun bertahajjud. Then gadis tu pun bangun la amek wudhu' n solat sunat. Kamu rasa, gadis tu dapat beribadah dengan khusyuk tak? Bangun pun dikejutkan oleh jejaka pujaan hati, tentu-tentu la wajah si jejaka sentiasa bermain-main di fikiran si gadis. Nak-nak pulak, kalau dia buat solat istikharah, "confirm, dialah yang diciptakan untuk jadi suami dan pembimbing hidupku!",katanya. Ha, see..itulah yang dinamakan 'istikharah tipu'. Buat solat istikharah time hati tak bersih. Berat sebelah la jadinya.
Satu lagi, bab jumpa-jumpa ni, mereka memang pandai cover. Pandai cari alasan. Kononnya nak saling tukar-tukar buku ilmiah. Bawa sorang kawan untuk temankan. Ataupun jumpa kat tempat terbuka, supaya orang tak syak wasangka. Hello! Niat kamu asal-asalnye apa? Nak jumpa n nak tengok muka dia? Last-last buku yang dipinjam tak habis baca pun...
" Lelaki atau perempuan yang baik bukanlah yang memakai kosmetik Islam pada sms berbau Islam, atau pakaian berwarna Islam, tetapi pada kekuatan menghalang diri dari saling mengotorkan pasangan dengan maksiat."
Wahai sahabatku yang bernama perempuan, betulkan kembali penilaian kamu terhadap si dia yang kamu katakan 'baik' tu. Sebab, orang yang sanggup bersama-sama berkongsi maksiat dan dosa tanpa mengajak bersama-sama pulang ke pangkal jalan kebenaran dan menjaga maruah, bukanlah jenis orang yang boleh dianggap 'baik'. Sebenarnya dia ialah syaitan yang bertopengkan manusia yang sedang menipu kamu dengan janji-janji manis.
Itulah manusia. Pelupa. Kena selalu diingatkan. So, macamane nak elakkan maksiat hati ni? Ustaz pesan, cepatkan perkahwinan (jika berani berdepan dengan risiko tu) ataupun saling berhijrahlah dengan berpisah dan meninggalkan satu sama lain, sejauh mungkin serta tidak lagi mengadakan apa-apa hubungan walaupun dengan sms. Mulakan hidup baru dan mohonlah petunjuk dariNya. Sesungguhnya cabaran selepas berkahwin adalah jauh lebih berat berbanding dengan sekadar cabaran mengelak dari zina sebelum kahwin.
Wallahua'lam.
P/s: Entri ni ditulis dengan tujuan untuk memberi peringatan dan amaran kepada diri sendiri.
Posted by MAR at 1:19 PM 2 comments
Labels: Rahsia Ummah
Saturday, May 2, 2009
Dah solat ke belum?
Bismillahirrahmanirrahim..
Sekadar perkongsian bersama pembaca, dan peringatan kepada diri sendiri.
Aku mula belajar mempraktikkan solat sunat Dhuha ni masa aku form 1 (2001) dulu. Sekolah buat aktiviti selepas peperiksaan. Biasalah, lepas habis je Peperiksaan Akhir Tahun, murid-murid tak tahu nak buat apa kat sekolah. Silibus dah habis belajar. Cikgu-cikgu pulak busy tanda kertas exam. Maka ramai la yang akan ponteng sekolah, kecuali if sekolah tu buat program atau aktiviti2 menarik untuk murid-murid manfaatkan sepanjang tempoh 'menanda kertas dan menunggu keputusan' tuh.
Pagi-pagi sebelum bermulanya pengisian aktiviti untuk hari tersebut, kami semua dikehendaki pergi ke surau untuk solat Dhuha berjemaah. Aku ingat lagi, sebelum mula solat, ustaz akan bacakan hadis ni...
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
Seperti yang diajarkan, rakaat pertama baca Al-Fatihah dan As-Syams. Rakaat kedua pulak baca Al-Fatihah dan Ad-Dhuha.
Alhamdulillah, berkat asuhan pihak sekolah dan ustaz-ustazah sekolah tu, sampai sekarang aku tak lupa untuk amalkan solat sunat ni, at least seminggu sekali. Syukur.
Aku ada jumpa satu hadis lain pasal solat Dhuha ni...
"Dhuha." Maka jika kamu datang hari kiamat kelak,
serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang
telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu,
silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah."
[HR At-Tabrani]
"Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha, waktu dhuha-Mu,
cahayanya cahayaMu, kerinduannya kerinduanMu,
kekuatannya kekuatanMu, ya Allah sekiranya rezekiku
ada di langit maka turunkannya jika ada dalam perut bumi
keluarkannya. Jika cahaya itu jauh maka dekatkanlah padaku dan jika
memang hampir denganku maka permudahkannya dengan kebenaran
dhuhaMu, cahayaMu, kekuatanMu dan kesucianMu,
berikanlah kepada hamba-hambaMu yang soleh. Allah
cucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan
atas keluarga dan para sahabatnya serta kesejahteraan.
Dan segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam."
Posted by MAR at 10:24 AM 0 comments
Labels: Rahsia Al-Quran + Al-Hadith
Friday, May 1, 2009
Anak Angkat
Petang kelmarin, dalam kereta on the way nak pegi Giant, aku dengar radio. IKIM FM. Tak pasti pulak slot apa. Tapi yang aku pasti, deejay ngan tetamu jemputan tu tengah berdiskusi pasal ‘anak angkat’. Hurm, macam menarik, aku fikir.
Tetamu tersebut adalah wakil dari salah sebuah syarikat NGO yang prihatin, aku kira. Menariknya, ‘anak angkat’ yang beliau maksudkan adalah anak-anak Palestin yang menjadi mangsa kekejaman rejim Zionis di Gaza baru-baru ni.
Katanya, “ Sepertimana yang kita dah praktiskan pada anak- anak Bosnia Herzegovina yang pernah menjadi mangsa serangan bangsa Serbia terhadap negara mereka pada tahun 1998 dulu, insyaAllah kita sudah merangka rancangan untuk mengambil kanak-kanak Palestin pula sebagai anak angkat kita…”
*Jap eh, program anak angkat ni maksudnya, diorang bawak kanak-kanak tu datang Malaysia, untuk diberi pendidikan dan supaya kebajikan mereka lebih terjamin*
Hurm, kamu fikir bagaimana??
Sebelum aku kata apa-apa, aku nak ucapkan tahniah kepada NGO tersebut. Sebab ‘projek anak angkat’ mereka sebelum ni mendapat pujian dan sokongan banyak pihak. Syabas! Tapi aku rasa, rancangan kali kedua mereka ni, agak kurang praktikal.
Sebabnya, nak ke kanak-kanak tu tinggalkan tanah air mereka? Kita tengok sendiri dalam video-video yang mempamerkan perjuangan rakyat Palestin untuk pertahankan Masjidil Aqsa. Tengoklah aksi kanak-kanak mereka. Semua dengan penuh semangatnya, turun
Mereka berteriak, sambil melontar batu-batu kecil, yang kita tahu mustahil dapat mencalarkan walau secalit pun pada kereta kebal tentera yahudi yang gagah tu, “ Kami ingin mati syahid! Kami ingin mati syahid!”
Kanak-kanak ni, sejak mereka dalam kandungan lagi, dah dididik oleh ibu bapa mereka, supaya menanamkan semangat jihad yang tinggi dan keimanan yang mantap, tanpa mengira kanak-kanak tersebut lelaki atau perempuan. Lihat sendiri aksi mereka…
Kepada NGO tersebut, selamat berusaha!! ^_^
*Aku insan kerdil yang cetek ilmu pengetahuan* -_-
Posted by MAR at 9:00 PM 0 comments
Labels: Rahsia Ummah



