Monday, June 22, 2009

Tahniah Bulat!

Bersempena dengan tajuk entri kali ni, aku ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada Cik Bulat yang jauh di seberang laut nun. Beliau telah berjaya meluluskan diri dalam ujian memandu JPJ pagi tadi. Tahniah Yang! ^_^

Teringat kembali kenangan 2 tahun yang lepas. Sewaktu aku menduduki ujian tersebut. Nervous yang teramat! Nak amek SPM pun tak takut macamtu. Berpeluh2 aku tunggu giliran untuk masuk kereta dan diuji.

Nah, hasilnya....Ujian di jalan raya aku lulus dengan cemerlang. Tapi ujian di litar, aku gagal. Sangkut kat parking. Bukan sekali gagal. Tapi dua kali. Maknanya, 3 kali la aku amek ujian tu.

Perasaan? Tentulah sedih. Balik rumah lepas tu, aku nangis sorang2 kat dalam bilik. Kecewa sangat. Kenapalah benda senang tu pun aku tak boleh buat. Rasa diri ni tak berguna sangat. Huhu.

Malu jugak kat calon2 yang lain. Sebab dalam ramai2 yang amek ujian hari tu, aku sorang je sangkut kat parking. Pegawai JPJ dan semua cikgu2 kat sekolah memandu tu pelik. Macamana aku boleh lepas bukit, tapi sangkut parking. Sebab kebanyakan calon, sangkut kat bukit. Aiyoo..

Lepas 2 kali gagal ujian tu, aku terus tukar sekolah. Rasa tak best pulak buat re-test kat situ banyak2 kali. Lagipun, memang dari awal lagi aku tak suka tempat tu. Terutamanya cikgu yang mengajar aku tu. (Biarlah rahsia apa yang dia dah lakukan)

Tukar sekolah, dan tukar cikgu. Cikgu yang baru tu, alhamdulillah. Kefahaman agama dia bagus. Dia juga ramah dan sangat mengambil berat tentang pelajar2 nya. Aku senang belajar dengan dia. Dan akhirnya, aku lulus! Dapat lesen P! ^_^

Pengajaran yang aku dapat daripada peristiwa ni... Jangan berdiam diri dengan perbuatan dosa orang lain (Rahsia itu). Usaha tangga kejayaan. Berlapang dada lah dengan segala keputusan Allah. Setiap manusia tak pernah terlepas dari berbuat kesilapan.

Alhamdulillah, lagi 5 bulan aku akan renew lesen aku kepada competent. Selama setahun lebih aku pegang lessen P ni, tak pernah sekali pun aku bawak kereta manual. Auto sahaja. Adeihh. Susah ni. Dah lupa segala step yang diajar; tekan clutch, tekan minyak slow2, tukar gear 12345R, boom!



Yang ini aku tak pernah bawak. Tak berani. Tak sesuai kot dengan saiz badan aku. :P



Ini pun tak pernah bawak jugak. Sebab gear dia manual. -_-



Ha, yang ni aku suka! Sayang sama kamu, si merah! ^_^




Saturday, June 20, 2009

Balik Kampung!


Bila terkenangkan desa
Rindu selalu melanda
Pada ayah dan bonda sanak dan saudara
Kampung halaman nun jauh di mata

Kini tiba ketikanya
Saat kembali ke desa
Indah suasana mesra sambutannya
Rasa gelora di dalam dada

Terimalah buah tanganku
Sekadarnya yang aku mampu
Buatmu ayah dan juga ibu
Tanda ingatan kasihku

Meriahnya suasana desa
Semuanya ramah dan mesra
Dimanakah teman-teman lama
Bertahun tidak bersua

Ketika kenduri kendara
Sekampung bagai berpesta
Bertolong Bantu jiran tetangga
Beramai makan bersama

Berzanji di surau lama
Tak sedar hari dah senja
Begini caranya kemesraan desa
Moga kekal selamanya

Sedang asyik bercerita
Melintas si gadis desa
Manis senyumannya bertudung kepala
Anak saudara sendiri rupanya

Bergurau teruna dara
Pastikan ada batasnya
Adat kesopanan dan budaya bangsa
Agar agama terpelihara


Seronok. Tengahari tadi, aku bersama ummi, abah dan 2 orang adikku pulang ke kampung sebelah ummi. Di Seri Menanti, Kuala Pilah, N9. Lama dah tak menjenguk ke sana. Lepas arwah wan (baca:nenek) meninggal, memang jarang sangat kami ke sana.


Tujuannya untuk memenuhi undangan salah sorang saudara jauh ummi, yang buat majlis aqiqah cucu nya. Memang dah menjadi adat orang kampung di sana, setiap kali ada kelahiran, majlis aqiqah untuk bayi tersebut akan diadakan secara besar-besaran. Meriah. Lagi meriah dari kenduri kahwin.


Teringat zaman aku kecik-kecik dulu. Setiap kali cuti sekolah, ummi akan hantar aku, abanglong, din dan amat ke kampung. Kami dijaga oleh arwah wan. Arwah atuk dah lama meninggal, masa umurku 7 tahun. Kat kampung tu, kami ikut je la ke mana pun arwah wan pegi. Ke pekan Pilah, kenduri-kendara, kebun buah, ziarah saudara-mara.


Kat sana, majlis yang paling meriah adalah majlis aqiqah dan berkhatan. Paling kurang, 2 ekor kambing akan ditumbangkan. Masak ramai-ramai. Gotong-royong. Kami kanak-kanak ni la yang paling seronok. Ramai kawan2 dan sedara-mara yang datang. Berkejaran kesana kemari. Tak kenal penat.


Lepas selesai upacara marhaban dan berzanji selesai, bermulalah pulak acara ‘mengait gula-gula’. Di bahagian siling di ruang tamu rumah, akan digantung pelbagai jenis coklat dan gula-gula. Kanak2 akan melompat setinggi boleh untuk mendapatkannya. Ada juga yang mengait dengan menggunakan ranting kayu. Hingar bingar la rumah waktu tu. Huhu.


Yang tak boleh dilupakan di kampung ni adalah suasananya. Sangat menenangkan. Tanpa bunyi bising kenderaan mahupun pembinaan. Udara yang sangat nyaman dan bersih. Pohon2 yang tumbuh merendang, memberi teduh, juga buah-buahan yang pelbagai. Tak kurang juga, masyarakatnya yang peramah.


Memang banyak perbezaan yang aku dapat lihat antara gadis kampung dan gadis di bandar. Gadis2 kampung masih mengekalkan nilai kesopanan dan tatasusila mereka di hadapan orang ramai. Pakaian yang sopan, merendahkan suara, menundukkan badan ketika melintas di hadapan orang dewasa, membantu ibu di dapur. Nilai2 sebegitu kini memang susah untuk ku lihat diamalkan di bandar2.


Ahh, aku rindu tempat itu. Bila lagi agaknya dapat kembali ke sana, berkumpul bersama adik-beradik dan saudara-mara, bergotong-royong membakar lemang, mengacau dodol, membakar ayam, mengait buah rambutan, memanjat pohon manggis dan langsat, mandi-manda di sungai. Sungguh, aku ingin kembali memutar masa lalu itu.


Al-Fatihah buat arwah wan yang tak pernah jemu dan penat menjaga kami adik-beradik setiap kali musim cuti sekolah tiba. Wan tak pernah sekali pun marah pada kami, walaupun kami sangat nakal (suka main api). Bangun subuh pun, setiap hari wan tak pernah lupa untuk kejutkan kami. Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 soleh. Amiin.





P/s: Tak amek gambar pun tadi. Lupe bawak kamera. Huhu.




Friday, June 19, 2009

Awasi apa yang masuk ke dalam perut kamu




Makan dan minum adalah antara ibadah yang penting dalam Islam. Makanan yang haram akan menjejaskan hubungan seseorang dengan Allah berdasarkan sabda Nabi saw: "Seorang lelaki bermusafir sehingga rambutnya menjadi kusut dan mukanya dipenuhi debu. Dia menadahkan tangannya dan berdoa kepada Allah sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan mulutnya disuap dengan sesuatu yang haram. Bagaimana akan diperkenankan permohonannya?" (Riwayat Muslim, Ahmad dan Tirmizi)

Sebenarnya, makanan yang haram akan merosakkan ibadah dan mendekatkan seseorang kepada azab di akhirat. Menurut Tirmizi, Baginda berkata: "Setiap daging yang tumbuh daripada benda yang haram, maka api nerakalah yang lebih utama baginya". Abdullah bin Abbas pula berkata: "Tidak diterima solat seseorang yang di dalam tubuh badannya terdapat benda yang haram". Sebaliknya, sebarang usaha bagi mendapatkan rezeki yang halal akan dirahmati oleh Allah.

Dalam satu riwayat oleh Tabrani, Nabi saw bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang berusaha untuk keluarganya daripada harta yang halal, dia berkedudukan seperti orang yang berjihad pada jalan Allah". Rezeki yang halal akan membantu pelaksanaan ibadah dengan sempurna. Makanan yang haram akan memberi kesan buruk kepada jasad lantas melemahkannya untuk beribadah. Sahl al-Tusturi berkata: "Sesiapa yang memakan makanan yang haram, akan derhakalah anggota tubuhnya. Sesiapa yang mengambil makanan yang halal, anggota badannya akan mentaatinya dalam membuat kebaikan".

Antara perkara yang diharamkan oleh Islam adalah arak. Dalam surah al-Maidah: ayat 90, Allah berfirman yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, melakukan korban untuk berhala dan menengok nasib dengan menggunakan anak panah adalah perbuatan keji daripada amalan syaitan. Maka, tinggalkanlah ia semoga kamu berjaya".

Daging haiwan liar juga diharamkan oleh agama berdasarkan sabda Nabi saw, riwayat Bukhari di mana maksudnya: "Nabi Muhammad melarang umat Islam memakan semua binatang buas yang bertaring dan burung yang mempunya kuku yang mencengkam". Di samping itu, daging babi juga diharamkan sebagaimana firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 173 yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah mengharamkan kepadamu bangkai, darah dan daging babi". Berdasarkan ayat ini, umat Islam dilarang keras daripada memakan daging babi dan segala produk yang diperbuat daripadanya secara mutlak kecuali dalam keadaan darurat.

Jelaslah di sini, aspek pemakanan amat memainkan peranan utama dalam menjamin keberkesanan ibadah seseorang Muslim di samping memacu diri ke arah mencapai kebahagiaan di dunia dan kesejahteraan di akhirat. Justeru, dalam merealisasikan matlamat hidup tersebut, kita sebagai hamba Allah perlulah sentiasa peka dan berhati-hati terhadap perihal halal dan haramnya sesuatu perkara yang kita lakukan dalam kehidupan seharian bukan sahaja aspek pemakanan, malah bidang pekerjaan, muamalat dan sebagainya.


Dipetik dari: www.iluvislam.com


Tuesday, June 16, 2009

Kisah Benar - Hospital kerajaan

KISAH BENAR 1

Pada suatu malam 31 Ogos...


Bakal ibu: Abang.. Ayang rase macam dh nak bersalin la. Sakitt.. Aduh, bang tolong bang..!
Bakal ayah: Hah? Yeke? Eh, cepat-cepat. Jom kita pegi hospital.

Di hospital...

Bakal ayah: Nurse..tolong saya.. Isteri saya dah nak melahirkan dah ni..
Nurse: Hurm, meh saya tengok. Eh, Encik, belum lagi ni. Belum bukak betul lagi ni. Encik balik la rumah dulu. Esok baru datang semula. Isteri Encik belum due lagi ni. Cuma sakit-sakit biasa je.
Bakal ayah: ??

Mereka pun pulang semula ke rumah dengan perasaan blur. Keesokan harinya, si isteri mengadu lagi kepada suaminya..

Bakal ibu: Bang! Sakit bang! Ni sungguh2 sakittt!!
Bakal ayah: Ya Allah! Ayang, tahan ye. Abang bawak pegi hospital.

Di hospital yang sama..

Selepas si isteri selamat melahirkan..

Doktor: Astaghfirullahal 'aziim! Kenapa kamu tak bawak isteri kamu datang hospital semalam? Dia patut dah deliver semalam ni.
Bakal ayah: Eh. Semalam saya datang, doc. Tapi ada sorang staff nurse tu kata, belum boleh deliver lagi. Dia suruh datang harini..
Doktor: Apa? Dia kata macamtu? Staff nurse yang mana satu?
Bakal ayah: Ha, yang tu, doktor! Di sebelah katil tu.

Doktor: Misi, betul mereka ni ada datang semalam dan awak kata begitu pada Encik ni?
Nurse: Eh, mana ada. Saya tak kenal pun mereka ni..
(nurse itu berbohong untuk menyelamatkan dirinya)

*******************

KISAH BENAR 2

Pada suatu pagi Hari Raya Aidiladha. Seorang isteri yang hamil 8bulan++ mengadu kepada suaminya, bahawa perut beliau terasa amat sakit. Dia fikir, barangkali sudah tiba masanya untuk si anak di dalam kandungan dilahirkan. Si suami tanpa berlengah, terus berkejar membawa isterinya ke hospital berdekatan.

Di hospital, nurse dan doktor yang bertugas memeriksa bukaan. Air ketuban masih belum pecah. Lalu, tanpa izin si suami mahupun bakal ibu tersebut, ketuban dipecahkan. Lalu berlaku lah komplikasi ke atas si isteri. Kesannya, si isteri tidak mampu untuk melahirkan secara normal. Beliau terpaksa melalui proses Caesarean Section.

Kedua-dua suami dan isteri berasa tidak puas hati dengan tindakan nurse juga doktor itu. Tetapi dalam keadaan genting seperti itu, mereka hanya merelakan. Nyawa isteri dan anak lebih penting.

******************

Beginikah layanan staff di hospital kerajaan? Sangat memedihkan hati. Apakah? Oleh kerana mereka tak dapat cuti pada hari cuti umum tu, mereka nak memberontak kat patient pulak? (kes di atas). Patient tak bersalah tu yang jadi mangsa.

Maaf, aku tak cakap semua staff kat hospital kerajaan macam tu. Sesetengah je. Mereka ni sukar untuk mengikhlaskan diri semasa bertugas. Yang penting, kerja siap. Kesempurnaan, tolak tepi.

Aku ada beberapa orang teman yang belajar dalam bidang perubatan. Mereka masih menjalani clinical posting di sebuah hospital kerajaan. Kebanyakan mereka berkata "Ish, sungguh, saya taknak bersalin kat hospital kerajaan. Kalau macam tu la cara doktor2 tu jahit. Saya sanggup bayar lebih kat klinik swasta.". "Kalau saya pulak, saya akan cari kawan2 saya (doktor juga) yang jahit dengan teliti. Bukan cincai2 macam HO tu buat".

Begitu sekali?? Wahai teman2 ku bakal2 doktor dan jururawat sekalian. Kamu tengok sendiri kan macamane mereka buat kesilapan? Aku mohon, kamu jangan la bertindak macam tu jugak bila kamu semua dah bergelar DOKTOR atau JURURAWAT nanti. Jagalah nama baik hospital kerajaan.

Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.


Monday, June 15, 2009

Kekalkan persaudaraan ^_^

Bismillahi walhamdulillah..

Cara2 utk memupuk ukhuwah fillah


1. Hendaklah seseorang memberitahu temannya bahwa dia kasih kpdnya.

Nabi bersabda: "Jika seseorang kasih kpd seseorang; maka hendaklah dia memberitahu temannya." (Hr Abu Daud)


2. Apabila berpisah dgn seseorang maka hendaklah dia mendoakan sahabatnya tanpa pengetahuannya.

Nabi s.a.w bersabda:

"Setiap hamba yg muslim yg mendoakan saudaranya seIslam tanpa pengetahuannya pasti akan didoakan malaikat dgn berkata "Engkau juga akan mendapat seumpamanya" (Hr Muslim)


3. Hendaklah sentiasa bermanis muka ketika berjumpa saudaranya.

"Janganlah kamu meremehkan kebajikan sedikit pun ; sekalipun dgn berjumpa temanmu dlm keadaan wajah yg ceria" (Hr Muslim)


4. Bila berjumpa dgn temanmu maka segeralah bersalam dengannya.

Nabi s.a.w bersabda:

"Setiap dua org Islam yg berjumpa serta bersalaman pasti akan diampun dosa keduanya sebelum mereka berpisah. (Hr Abu Daud)


5. Sesekali menziarahinya.


Nabi bersabda: "Hendaklah kamu menziarahi sesekali; nescaya akan menambah kasih sayang diantara kamu."


6. Memberi hadiah

Nabi s.a.w bersabda: "Hendaklah kamu saling memberi hadiah; nescaya kamu akan berkasih sayang." (Hr Thabrani)


7. Membantu sahabat2 fiLLAH

NAbi berpesan: "Org yg berjalan untuk menunaikan hajat sahabatnya lebih baik drpd org yg beriktikaf selama 2 bulan." (Hr Hakim)



Friday, June 12, 2009

Sayangku..di mana kamu...

Setiap yang datang pasti akan pergi.. Yang mula, akan ada akhirnya.. Pada kehidupan sudah tentu kematian itu pasti..

10 jun 2009, 4.48pm. Resah mula menyelubungi diriku. Terasa dahi dibasahi peluh. Mataku mula meliar kesana kemari mencari dirimu. Habis setiap penjuru rumah aku periksa. Di dalam kereta juga. Tetapi hampa.

Lantas ingatanku ligat berputar. Memainkan semula detik 3 jam yang lalu. Setiap gerak tubuhku, aku cuba mainkan semula. Bangun dari kerusi, pintu dihempas, berjalan masuk ke sebuah premis, tangga dipanjat, kembali semula ke kerusi itu tanpa memandang ke kiri kanan atas mahupun bawah.

Ah! Di situ rupanya. Tempat kejadian! Aku tergesa-gesa kembali ke sana. Harapanku moga kamu masih di situ menunggu kedatanganku. Janganlah kamu diapa-apakan orang lain. Jangan pula kamu beredar tanpa meninggalkan pesan.

Setibanya aku di sana... Sayang! Sayang! Di mana kamu! Maafkan aku kerana begitu cuai terhadapmu. Ampunkan daku kerana begitu alpa dengan keseronokan baru itu sehingga dirimu terabai. Oh Tuhan, temukan aku semula dengan sayangku..

Hampa. Kamu sudah tiada lagi di situ. Kamu sudah pergi. Pergi meninggalkan diriku. Langsung tidak meninggalkan apa-apa kesan. Aku diselubungi kekesalan. Berat sungguh hati ini untuk berangkat dari tempat kejadian. Aku tahu aku yang bersalah. Tapi janganlah menghukumku sebegitu rupa.

Tak tertahan lagi kesedihan yang membelenggu. Air jernih mula bergenang membasahi kelopak mata. Memori disingkap semula. Kenangan-kenangan manis bersamamu diulang tayang satu persatu di dalam kotak ingatanku. Pahit manis kita tempuhi bersama. Suka duka menceriakan lagi warna-warna kehidupanku. Susah senangku kamu setia di sisi.

Banyak sungguh jasa yang kamu taburkan padaku. Selama lebih 3 tahun perkenalan kita, tak pernah sekalipun kamu meragam. Kamu lah yang mendisiplinkan aku. Setiap detik waktuku kamu yang tolong jaga. Jadual hidupku keseluruhannya bergantung padamu. Aku banyak berhutang budi padamu. Aku sayang padamu!

Kini kamu sudah tiada. Tiada lagi di sampingku. Hidupku terasa sepi. Jadual hidupku sudah tidak terurus. Masa terluangku banyak dibazirkan dengan sia-sia. Kerana kamu sudah tiada lagi untuk mengingatkanku. Tiada lagi yang membantu menguruskan aktiviti harianku. Oh, aku sangat bergantung padamu.

Terasa kekok bila kamu tiada di lenganku. Dulu, kamulah keperluan, kamu juga kehendak. Kamu jam tangan, kamu juga gelang tangan. Kini, tiada lagi hiasan di lenganku. Aku rindu padamu sayang.. Aku tidak halalkan dirimu ke atas si pencuri itu! Kamu milikku, selamanya. Walaupun kamu tiada lagi bersamaku, namun akan kukenang jasa bakti yang telah banyak kamu curahkan padaku.

Aku sedih. Aku rindu. Aku pilu. Aku kesal.



P/s: Jam tangan kesayanganku hilang di tempat parking kereta belakang Giant Hypermarket Senawang.

Saturday, June 6, 2009

2 in 1 :: SANAH HELWAH!

[Sepatutnya entri ni aku post semalam 6/6. Tapi disebabkan sedikit masalah teknikal, hari ni baru berjaya post. Asif.]

~Fizah , Khairun~



6/6. Hari yang istimewa untuk seluruh rakyat Malaysia. Kerana hari ni adalah hari keputeraan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin. Tapi aku merasa lebih istimewa lagi, sebab 6/6 jugak adalah hari keputerian 2 org sahabat baikku pada zaman sekolah dulu. Khairunnisa’ dan Hafizah.



Khairun,


Mengikut perkiraan angkanya, dah dekat 11 tahun kita terpisah kan? Tapi hakikatnya, kiter rasa macam baru semalam kiter jumpa awak. Sebab kiter tak pernah lupakan awak. Walaupun kita berdua jarang berhubung. Awak nak tau, awak lah besfren pertama kiter. Sebab tu awak sangat istimewa di hati kiter.^_^


Awak ingat tak lagi, masa kita mula-mula nak rapat…Masa tu umur kita baru 8 tahun. Darjah 2 Asiah. Kita perang besar kan? Ntah apa puncanya, kiter pun taktau. Yang penting, perkara remeh je pun. Kita takleh duk dekat antara satu sama lain. Meja pun kita sanggup jarakkan jauh2 sebab taknak bersentuhan. Masa tu kiter cari geng kiter, awak cari geng awak. Perang mulut. Jeling-jeling mata. Pastu baling-baling kertas. Berhari-hari jugak la. Uhuu. Finally, yang kite ingat, Iffah ngan Afira yang baikkan kita berdua. Diorg jadi posmen kiter ngan awak. Awak hantar surat mintak maaf kat kiter. Pastu kiter balas surat awak. Then awak bagi lagi surat nak baik-baik ngan kiter. Pastu kiter reply lagi. Sampaila kiter, awak, Iffah ngan Afira jadi rapat dan tertubuh la 1 geng yang dianggotai oleh kita berempat.


Seronok bila kenangkan balik zaman kita kecik2 dulu. Kita satu geng kamcing sangat2. Assobiyah, macam yang awak cerita kat situ. Mana-mana pergi, mesti melekat. Tapi ada satu benda yang ‘memisahkan’ kita berempat masa tu. Rumah sukan. Kita berempat duk dalam 4 rumah sukan yang berbeza. Kiter rumah merah, awak kuning, Iffah biru, Afira hijau. Tapi masa latihan sukan, kiter selalu nyebok kat rumah awak, Iffah nyebok kat rumah Afira. Hehe.


Masa kiter pindah ke seremban dulu, kiter sedih sangat nak tinggalkan korang n Hira’. Korang satu kelas pun sedih kan. Bertambah terharu kiter bila dapat hadiah kenang-kenangan dari awak, Iffah n Afira. Pastu satu kelas bagi surat kat kiter, kata semoga berbahagia di tempat baru. Huhu.


Tambah sedih lagi kiter bila dapat tau, lepas je kiter pindah, korang bertiga dah tak rapat macam dulu. Masing-masing dah bina geng baru. Huhu. Kiter minta maaf kalo kiter penyebab ukhuwah korang semakin longgar.


Alhamdulillah, sekarang awak tengah lanjutkan pelajaran kat UiTM kan. Diploma Akaun, betul kan? Kiter doakan awak berjaya mencapai cita-cita awak. Kiter harap sangat-sangat, satu hari nanti kiter dapat jumpa awak. Rindu sangat nak tengok muka awak. Dah besar-besar ni, muka masing-masing mesti dah banyak berubah kan.


Kat UIA ni, ramai gak budak Hira' yang kiter jumpa. Excited sangat bila jumpa ngan dak Hira', walaupun bukan sebaya. Alhamdulillah, naqibah kiter sekarang ni, Hira'ian gak. Best2! Hira' is my best school ever! ^_^


Khairun, last but not least, sanah helwah ya ukhti uhibba! Semoga hidupmu sentiasa dilimpahi rahmat dan keberkatan dariNya. Selamat berjuang! Semoga kita dapat bersua di atas jalan dakwah ni, dan sama2 menjulang panji-panji Islam setingginya. Amiin..



Fizah,


Awak sangat lain dari yang lain. Sepanjang kiter berkawan ngan awak, banyak benda yang kiter blaja, secara informal. Quote yang sesuai untuk awak "Don't judge a book by it's cover". Hehe.


Awak ni nampak je pendiam. Tapi bila bukak mulut, pergh! Awak suka buat lawak yang pelik2 kan. Tapi satu benda kiter respect pasal awak. Awak bagi presentation best bangat. Kiter ingat lagi masa f5 dulu, clas PQS, awak present kat depan. Suara awak perlahan sangat. Susah nak dengar. Tapi satu clas senyap, bagi perhatian kat awak. Kiter tengok diorang cam terpegun dengan awak. Awak nye presentation, charming! Kalah ustazah Asmah. Sejak hari tu, kiter pasang niat nak belajar dari awak. Yela, kat luar kelas awak ni kategori budak pendiam :P sama cam kite. Tapi dalam kelas, awak mantop.


Ada satu benda yang kiter takleh lupa pasal perangai awak yang pelik tu. Masa nak jamuan batch, lepas habis spm. Siang tu kita gi sekolah ramai-ramai, nak wat preparation untuk malam yang gilang gemilang tu. Tetiba awak datang kat kiter. Awak tanye "Mar, tau tak cmne nak jahit tudung?". Haha. Awak baru beli kain tu semalamnya untuk buat tudung untuk dipakai pada malam jamuan tu. Geli hati kiter. Time orang lain sibuk2 kemas meja, buat potpouri, sabun, etc, awak pulak busy nak siapkan tudung awak tu. Hehe.


Hm, awak selalu bagi semangat kat kiter. Mesej2 awak selalu sampai kat kiter time kiter down. Kiter pun pelik. Camane awak boleh tahu kiter ade problem, padahal kiter tak pernah citer kat awak pun. Huhu. Special sense of Hafizah. Ke awak ada pasang spy kt UIA ni? ;P


Bulan 9 ni insyaAllah awak akan fly ke negara orang. Kiter doakan moga segala impian awak akan tercapai. Khabarnya, pulang nanti, awak akan bergelar teacher atau lecturer kan. InsyaAllah, semoga Allah permudahkan segala urusan awak kat sana. Awak memang sesuai dengan bidang yang awak amek sekarang. Nanti kiter hantar anak-anak kiter tusyen english kat awak eh?


Akhir sekali, fizah, selamat berjuang! Jaga diri di sana ye. Kiter takkan lupakan segala jasa baik awak kat kiter selama ni. Happy Birthday! I love U fizah! Ukhuwah fillah abadan abada. Amiin..



Wednesday, June 3, 2009

Bila kesakitan berbicara




Pesan Rasulullah: Ingatlah 5 perkara sebelum datang 5 yang lain; sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit, hidup sebelum mati.

Namun insan lemah seperti ku ini, sering alpa. Di luar sedar, aku songsangkan kenyataan itu. Dah sakit, baru ingat nak sihat cepat. Dah tua, terasa ingin kembali ke zaman muda jelita. Waktu miskin, terkenang harta yang dah banyak dihabiskan pada jalan yang tak sepatutnya. Pada waktu sempit pula, barulah nak melatah "kalaulah aku siapkan kerja ni masa aku free hari tu..". Tapi malangnya, di saat tiba due date aku untuk mati, tak ada guna tangis rayu meminta untuk dihidupkan kembali.

Waktu badan sakit-sakit macam ni, terasa banyak sungguh dosa yang telah aku lakukan. Lepas satu, satu nikmat kesihatan tubuh badan ni Allah uji. Mimpi-mimpi buruk kerap kali menyinggah tidurku, memberi peringatan. Jangka hayat aku sudah tidak lama lagi..

Aku harus segera bertaubat. Sebelum segala-galanya terlambat.

YaAllah, maafkan aku kerana tidak menjaga kesihatan tubuh badan yang engkau amanahkan padaku ini. Maafkan aku kerana sering mensia-siakan masa muda aku dulu. Maaf ya Allah, aku kedekut untuk menginfakkan sebahagian hartaku untuk kegunaan di jalanMu. Ya Allah, ampuni aku kerana tidak menghargai masa lapang yang engkau berikan padaku. Wahai Tuhanku Al-Mumit, janganlah Engkau matikan aku sebelum sempat aku bertaubat kepadaMu!

Sabda Rasulullah saw: Bahawa hati itu berkarat seperti karatnya besi, lalu orang bertanya, "wahai Rasulullah bagaimana membersihkannya?" Rasulullah menjawab "membaca al-Quran dan mengingati mati"