Pertemuan menghadiahkan kita kasih sayang
Jika cinta satu pasti bertemu ia tidak ternilai
Kerana antara hati kita
Telah tiada antaranya lagi
Yang ada hanya cinta kasih Ilahi
Kita berpisah hanya sementara
Kerana pertemuan bukan milik kita
Jasad dan suara berjauhan sentiasa
Namun cinta abadi
Biar terpisah selalu menderita
Kerana syurga menagih ujian
Sedang neraka dipagari oleh nikmat
Bertemu tidak jemu berpisah tak gelisah
Bicara kita adalah bicara sufi
Tanpa suara dan kata-kata
Kerana penghubung kita adalah suara hati
Bertemu berpisah kerana Allah
Pertemuan itu bukanlah milik kita. Sekadar menjadi rencah dalam kehidupan untuk mewarnainya dan melakar cerita baru.
Allah sahaja yang memegang hati hamba-hambaNya. Semoga dia akan pegang erat hati hamba-hambaNya yang ikhlas dalam berukhuwah demi Allah sebagaimana doa rabithah yang sering kita baca.
Aku yakin, dengan doa yang kita baca tu, Allah akan satukan hati-hati kita walau dimana sahaja kita berada. Semoga Dia kumpulkan hati-hati ini untuk sentiasa erat dan kukuh. Yakinlah bahawa Allah akan terus pegang hati kita atas jalan dakwah ini. Atas jalan dakwah inilah hati kita akan terus bersatu. Ameen!
0 comments:
Post a Comment