Thursday, April 30, 2009

Family First ^_^



{ abah, akk dh dekat kuala pilah ni. baru nak masuk ulu bendul }

{ ok, abah dah tunggu kat bus stop ni }


Hatiku melonjak riang. Tak sabar rasanya nak jumpa semula dengan abah, ummi dan adik2. Hampir 2 bulan jugak aku tak pulang ke rumah.

Ok, cerita pasal Family First ni bermula di sini..

Seperti yang dijadualkan, flight (baca:bas) aku akan tiba di seremban pada jam 7.30pm. Biasanya ummi yang akan tunggu aku kat bus stop tepi jalan, dan jemput aku bawak balik rumah (anak manja, tak mau balek sendiri dgn bas domestik~). Tapi pada hari tu, mereka semua (baca:ummi, abah & adik2) berada di PD (baca:Port Dikcson), sebab ikut abah, abah ada meeting kat situ, 3 hari.

Mula-mulanya, ummi suh aku balik rumah Mak Ngah je, ataupun dia tinggalkan kunci kat Makcik Ijat, jiran sebelah. Tapi aku tak sanggup, balik rumah, tapi takde orang kat rumah. Tak best ah. Aku pun buat2 la merajuk sepanjang seminggu sebelum balik rumah tu. :P

Sehari sebelum nak balik tu, ummi sms, cakap yang nanti abah akan datang jemput aku kat seremban, bawak datang PD. Wah, best! ^_^

Petang sebelum abah nak gi jemput aku tu, dia masih ada meeting. Habis je meeting, terus dia drive sorang2 gi seremban. Perjalanan PD-Seremban lebih kurang 50 min kot. Seawal jam 7pm, dia dah tunggu aku kat bus stop tu. Tepat kul 7.30pm, bas aku pun benti kat bus stop tu.

Sampai-sampai je kat Avillion PD, alhamdulillah, subhanallah! Cantik bangat tempat tu. Hotel terapung dalam taman atas laut. ^_^ Kat situ la abah & staffs department nya ber'meeting.

Masuk bilik, terus salam peluk cium ummi. Rindu. -_- Lepas solat sume, dinner time! Tak sabar nak makan, lapar.. Kami dinner betul2 kat tepi laut, atas pasir pantai yang putih halus tu.

Rupanya dah ramai kat situ. Staf-staf abah sume tengah makan. Oh, diorang sume pun bawak family sekali! PA abah terus sambut kami dengan mesranya, dan bawak ke meja makan. Aku makan banyak malam tu (2 pinggan appetizer, 2 pinggan main dishes, 3 piring dessert)

Agak mesra juga mereka ni. Dengan anak-anak, ada yg masih kecil, ada yg dah remaja. Meriah. Tak sangka, program yang asalnya meeting je, dah macam family day pulak.

Sambil-sambil makan, ada cabutan bertuah, tukar2 hadiah sesama staf, dan akhir sekali, ucapan penutup oleh abah ^_^ .

Dalam speech tu, abah kata kt anak2 buah dia, " Kita semua ni, dalam sibuk2 bekerja, family mesti number 1. Family adalah kekuatan kita. Bila balik dari tempat kerja tu, share la apa2 yang terjadi di ofis tadi, pada pasangan kita. Kenalkan semua kawan2 tempat kerja kita, pada pasangan. Supaya persefahaman dan perkongsian sentiasa mekar antara suami isteri. Masalah pun jadi ringan bila ada yang sudi mendengar. Lagi 1, tujuan saya buat program macam ni, adalah supaya kita semua tak terasa terlalu terbeban dengan kerja2 di ofis. Kadang2, aktiviti macam ni sangat perlu dalam sesebuah agensi. Bekerja sambil bersantai bersama ahli keluarga. Kita sama-sama kita pun, boleh lebih mengenali... "

Ouh, aku terharu dengar speech abah malam tu -_-

Itulah abah ku. Seorang ketua bahagian (lebih kurang mcm HOD la.hee) yang selalu ambil berat tentang anak2 buah nya, dalam masa yang sama mementingkan keluarga. Nampak kemesraan dia dengan staf2 malam tu. Abah bos yang low-profile. ^_^

Memang tak dinafikan, abah sgt busy. Lepas subuh dah kuar gi ofis, lepas maghrib baru balik. Malam n hujung minggu je yang dia free. Abah gunakan waktu free dia tu sebaik2nya, bersama kami.

Tapi kadang2, weekend abah 'terpaksa' gi main golf. Urusan ofis. Aku ingat lagi, dulu2 abah pernah cakap kat kami "Orang yg main golf ni, semua Golongan Orang Lupa Family. Tengok la, Dato'-dato' tu, pantang free je, bukan nak balik rumah, habiskan masa dengan kawan2 je kt padang.." Tapi sekarang, bila abah dah terpaksa main, abah agak keberatan jugak mula2 tu. But, abah bijak! Mula2 dia belajar main tu, lepas dia dah pandai sikit, dia bawak kami 1 family, gi padang golf. Dia ajar kitorang pulak main golf! Hehe, best!

Dalam sebulan tu, at least 1 kali dia akan ajak kami 'pukul bola' kat padang golf. Tapi kami tak minat sgt~ Ummi sorang je yang selalu ikut.

Ummi selalu ingatkan kami, " Kamu semua tengok abah tu. Penat kerja. Tapi tak pernah lupakan kita walau sesaat pun. Tengok hidup dia, tenang je. Dekat ofis tu, bila waktu makan, selalu ada je orang yg nak belanja dia. Allah balas balik, sebab dia pemurah. Dia pemurah kt kita semua. Ada je duit lebih, kita2 sume ni la punya rezeki. Dia tak reti nak belanje utk diri dia sendiri. Hormat la kt abah tu.. " -_-

Memang betul cakap ummi. Abah selalu outstation, meeting. Tak pernah sekali pun dia lupa utk tanya kami@ummi " Sape nak ikut abah? Angkat tangan.." Dia kata, boring gi sorang2. Duk bilik besar, tapi tido sorang2. Jalan2 dengan kawan2, tak seronok, katanya. Balik dari outstation, 1 beg penuh ole-ole utk kami. Barang dia, 1 pun dia tak beli. Oh, abahku... -_-

Yang kami tak sabar, bila cuti sekolah. Nak melancong kat mana pulak kali ni ye... ^_^ Setiap hujung bulan pun, kami sekeluarga akan 'makan besar'.

Itulah abahku yang memegang kuat prinsip Family First nya. Kami sangat beruntung! Nanti aku nak cari lelaki (baca:suami) yang ada sifat cam abah la ^_^



(tiada dlm gambar: AbangLong)

Seronok ke aku??


~ K.A.M.I ~


“ Adik-adik abang...”

“ Ye abang Firdaus!”

Begitulah sorakan (baca:teriakan) anak-anak orang asli Kampung Meranti, Pekan Pahang, apabila perhatian mereka dialihkan kepada Abang Firdaus kesayangan mereka tu. Ada yang kecil, ada yang besar. Ada yang sudah bersekolah, ada yang masih belum bersekolah, tak kurang juga ada yang tak mahu ke sekolah.huuu..

Pengalaman yang cukup berharga bagi diriku, mengikuti program Jalinan Budi 09 (baca:baktisiswa). Macam-macam kerenah masyarakat yang aku dapat perhatikan.

Tapi apa yang aku nak cerita kat sini, pengalamanku kali pertama diamanahkan untuk jadi mainboard dalam program besar kuliyyah tu. (Assisstant secretary je kot~)

Nak dijadikan cerita, peranan aku ni banyak dimainkan sebelum dan selepas program je. Pada waktu kejadian, banyak melangut je kot. Mane tak nye, nama kami mainboard2 ni (mainboard la sgt) tak di’include’kan dalam jadual bertugas (memasak, jadi faci, mengemas, etc..).

So, aku pun pegi la menyendeng-nyendeng kat unit2 lain. Kejap gi tolong catering potong sayur, siang ayam, basuh pinggan. Jap lagi pegi pulak tolong prep n tech angkat2 meja, susun kerusi. Kadang2 duk menyebok sebelah PR, sambut tetamu dan VIP's. Last2 bile rasa diri ni macam tak diperlukan lagi oleh sape2, aku pun gi masuk balai, berehat (baca:tido). Ish3 teruk btol! -_-

Dah tu, banyak jugak aktiviti yang kitorang tak dpt join. Sebab, kena gi meeting dengan Tok Batin n the geng. Huuu.. rugi sgt rasa. Dah la aku tak suka meeting! (kalo epah baca ni, mati la aku~) (lagipun takde sape pun ajak gi meeting tu. disebabkan sume mainboard gi, aku pun gi la sekali~)

Apa pun, rasa seronok tu tetap ada. Sebabnye, walaupun kitorang sume (baca:committee) dah dibahagi mengikut unit2, tapi semangat KERJASAMA dan KEBERSAMAAN tu sangat utuh dalam jiwa2 kami! Tak kesah pun duk dlm unit mana, still boleh tolong-menolong antara satu sama lain. ^_^

Tahniah kepada semua committee members Jalinan Budi 09 !! Tanpa kalian sume, program ni mungkin tak selancar seperti yang dirancang. Tahniah sekali lagi! Dan terima kasih. Lain kali kita boleh bekerja sama2 lagi. Jalinan Budi 11 ke.. Yang penting, aku taknak jadi mainboard lagi dah. Nak jadi committee biasa je~

^_^

Wednesday, April 29, 2009

SENYUM...senyum...SENYUM... =)



" Sebenarnya semua orang sangat memerlukan senyuman,
wajah yang selalu berseri ,
hati yang lapang,
akhlak yang menawan,
jiwa yang lembut,
dan pembawaan yang tidak kasar "



Menyingkap-warna-tirai-warna-rahsia-rindu

Bismillahi walhamdulillah..

Uh..uh..!! Alamak, kenapa terasa kekok je nak menulis ni. Dah lama sangat tak perah otak depan komputer. Ok, takpe. Tarik nafas, hembus pelan-pelan. Tarik nafas lagi, tahan, tahan, tahan, hembus! Allahuakbar! ^_^

Segala puji bagi Allah, atas kehendak dan keizinanNya, maka aku telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang sihat, comel dan mugil, seberat 3.3kg. Heh~


Baby girl tu aku beri nama 'AINUL ASRAR yang bermaksud MATA YANG PENUH DENGAN KERAHSIAAN. ^_^

Subhanallah! Dengan kekuatan yang diberikan olehNya, Warna-Warna Rindu sudah 'bertemu dengan tarikh nisfu sya'ban' nya, dan berjaya diambil-alih pula oleh Menyingkap Tirai Rahsia.

InsyaAllah, pertabalan Menyingkap Tirai Rahsia ni akan memberikan nafas baru kepada pemilik MATA YANG PENUH DENGAN KERAHSIAAN, agar lebih matang dan dewasa dalam menempuh liku-liku hidup yang lebih mencabar.

Jom kita sama-sama selusuri pengalaman pahit manis, suka duka, luahan hati, peringatan dan perkongsian yang akan disingkap oleh 'AINUL ASRAR untuk faedah kita bersama. Segala macam jenis dan keturunan rahsia akan dibongkarkan di sini.



" Bila bunyi bersatu, kau milikku! "
" Bila jari menari, tirai rahsia disingkapi! "

^_^