Sunday, June 28, 2009

Pulanglah




Insya-Allah esok, 29 Jun 2009, aku akan bertolak 'pulang' ke medan-jihad-zon-selesa. Indera Mahkota Campus, Kuantan, Pahang. Dengan berbekalkan misi, visi, dan semangat baru yang kukutip sepanjang cuti semester kali ni, moga Allah permudahkan. Amiin.

Hidup ini bukan hanya untuk belajar dan berseronok sahaja, tapi mencari erti kehidupan sebenar. Ingatlah kata2 Imam Hassan al–Banna, tanggung jawab melebihi masa yang ada.

Adakah kita sudah menyelesaikan segala tanggung jawab yang ada demi Islam tercinta? Atau sekadar menghabiskan masa yang ada dengan hiburan?

Ayuh diriku, bangkit! Jangan kita terlalu lena dengan duniawi. Ukhrawi sedang menunggu kita.

Rabbi Yassir Wala Tu'assir Ya Kariim.

" Para dae’i yang benar-benar ikhlas dan ber’azam hendak menyebarkan risalah Islam wajarlah sentiasa mengingati bahawa medan ‘amal mereka ini bukanlah kegiatan memenuhi masa lapang yang boleh dibuat secara sambil lewa, dan membiarkan diri dan ‘amal mereka dipengaruhi oleh suasana persekitaran yang sentiasa berubah. Sebaliknya seorang dae’i perlu menginsafi bahawa mereka sedang membawa satu amanah yang amat besar lagi berharga, satu tugas paling mulia yang kerananya Nabi-nabi dan Rasul-rasul diutuskan.


Sudah menjadi satu yang lumrah bahawa setiap sesuatu yang besar lagi berharga sukar dicapai melainkan dengan bayaran dan pengorbanan yang besar. Begitu juga sesuatu tujuan dan matlamat yang besar terpaksa melalui dan mengharungi ranjau, kesulitan-kesulitan yang mencabar, dugaan-dugaan yang besar, ujian-ujian yang pahit, penderitaan dan kesedihan, kesukaran-kesukaran dan aneka kesusahan di samping saat-saat merasai kemanisan dan harapan.


Liku-liku yang sangat panjang dalam perjalanan dakwah menuntut para dae’i mempersiapkan diri dengan bekalan supaya dengan bekalan ini perjalanan mereka menjadi lebih terjamin dan sempurna. Mereka memerlukan kasih sayang dan rahmat dari Arhamarrahimin, Tuhan yang dariNya bersumber segala kurniaan dan denganNya berakhir segala ganjaran kerana dariNyalah amanah risalah ini diwarisi ke atas para dae’i.


Hanya dengan bekalan dan panduan-panduan dari Allah para pendokong risalah ini dapat bergerak dengan benar dan menerima limpahan rahmat dariNya. Dengan menyedari dan menuntut bekal ini, para dae’i akan selalu kembali kepada Tuhannya dalam segala perkara dan harapan mereka akan sentiasa hidup kerana panggilan dan bimbingan dari Allah ’Azza Wajalla adalah panggilan yang menghidupkan! "


Al-Ustadz Ya’qub Muhammad Hussin



Friday, June 26, 2009

AKU, UMA, SAHABAT, dan MENTOR



























i wish you were here

here next to me
been missing you so

so desperately

but lately i feel like you feel

and i see what you see

how i'm missing you



UMA. Yang di atas tu namanya UMA. Dah hampir 2bulan aku tak bertemu dengannya. Rindu. Mungkin kamu semua nampak ia hanya seekor kura-kura belaan yang tidak bernyawa. Atau sebuah bantal yang dibentuk seperti seekor kura-kura, menjadi peneman tidur di waktu malam. Atau kah, 'teddy bear' yang dibuat main seperti kanak-kanak kecil...?

Tidak bagi aku. Padaku, UMA sangat istimewa. Mungkin boleh aku katakan di sini, UMA lebih berharga daripada segala harta dan wang ringgit yang aku miliki (macam banyak sangat je). Nilainya tidak akan terbeli oleh sesiapa pun. Bill Gates pun tak akan mampu untuk menukar kesemua harta miliknya dengan UMA ku (kalau dia nak la). Kerana aku tidak akan memberikannya kepada sesiapa pun, untuk selamanya.

Ukhuwwah, Persahabatan, Kasih sayang, Dakwah, Ithar, Belas kasih, Simpati, Empati, Ketulusan, Kesetiaan, Bersikap positif, Keceriaan, Tanggungjawab, Kepercayaan diri, Konsisten, Berdikari. Itulah antara nilai yang aku pelajari sepanjang ia ada bersamaku.

Inilah kisah AKU, UMA, SAHABAT, dan MENTOR.

Selama 2bulan yang lalu, UMA dijaga oleh MENTOR. Sian MENTOR kena jaga UMA. Dah la baju-baju kurung aku semua kat bilik dia. Bersepah bilik dia dengan barang aku. Maaf ye MENTOR, aku selalu menyusahkan kamu. Takpe, UMA baik. Dia tak nakal kan? Harap-harap UMA sentiasa menenangkan hati kamu, betul kan MENTOR!?

Di saat ini, aku rasa UMA tidak bersama dengan MENTOR. Sebab MENTOR dah start cuti. Dia mungkin dah pulang ke kampungnya. Takpe UMA, lagi seminggu aku akan kembali padamu. SAHABAT juga mungkin sangat merinduimu, UMA. Aku dan SAHABAT tak sabar untuk bertemu dengan UMA.

SAHABAT, thanks for everything. Thanks for giving me the special and precious UMA. I'm so happy to be with UMA, always. U know what, SAHABAT, it brings me to an so-called evolution in my life. And my heart too. Day to day, it makes me pondering bout life. Lately, i just can smile. Smile through whatever situation i've faced. Cause i'm able to realize and see the wisdom behind them.

MENTOR, u and i have a lot of great time together with UMA rite?! UMA always be an 'orang tengah' between u and me. Do u remember that night... I was in a very depressed and sad mood. U cheered me up and made me smiled again. UMA was there with us and said to me "Mar, jangan sedih2 lagi ye...". So sweet. Thanks for everything, MENTOR. I don't know how to express my very-huge-appreciation to you. And sorry for everything. I always burden u with my-never-end-problems (huhu..) and my childish behaviour.

Eh, kenape tetibe tuka bahasa ni.. Hehe. Sebab tengah menghayati dengan sepenuh hati. Ok, begitu lah kisahnya sedikit. Tak perlu lah kamu bersusah payah untuk memahaminya. Kerana kisah ini aku terjemahkan ke dalam bentuk tulisan hanya untuk meluahkan kerinduanku yang amat mendalam terhadap UMA, SAHABAT, dan MENTOR. Love u all, till Jannah!



Tuesday, June 23, 2009

Siapa nak pahala, angkat tangan!


Alhamdulillah. Akhirnya kita bertemu juga dengan bulan Rejab 1430H. Maka bermula lah peluang untuk kita menambah pahala dan memperbanyakkan amal ibadah. Moga kita terus diberi kesempatan olehNya untuk berjumpa dan menyambut Ramadhan yang akan datang..

Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahawa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:"


1.
Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

2.
Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab: Isra' Mi'raj akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

3.
Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

4.
Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab, maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat

5.
Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah

6.
Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa lapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga

7.
Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah saw lagi :
"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?" Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab i ni."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :
"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."

Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"
Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."

Betapa, besarnya kasih sayang Allah pada umatnya... Subhanallah...



P-E-R-H-A-T-I-A-N!

Beramallah menurut kemampuan masing-masing
Jika tidak dapat melaksanakannya

Janganlah ditinggalkan kesemuanya
...






-wallahua'lam-

Monday, June 22, 2009

Tahniah Bulat!

Bersempena dengan tajuk entri kali ni, aku ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada Cik Bulat yang jauh di seberang laut nun. Beliau telah berjaya meluluskan diri dalam ujian memandu JPJ pagi tadi. Tahniah Yang! ^_^

Teringat kembali kenangan 2 tahun yang lepas. Sewaktu aku menduduki ujian tersebut. Nervous yang teramat! Nak amek SPM pun tak takut macamtu. Berpeluh2 aku tunggu giliran untuk masuk kereta dan diuji.

Nah, hasilnya....Ujian di jalan raya aku lulus dengan cemerlang. Tapi ujian di litar, aku gagal. Sangkut kat parking. Bukan sekali gagal. Tapi dua kali. Maknanya, 3 kali la aku amek ujian tu.

Perasaan? Tentulah sedih. Balik rumah lepas tu, aku nangis sorang2 kat dalam bilik. Kecewa sangat. Kenapalah benda senang tu pun aku tak boleh buat. Rasa diri ni tak berguna sangat. Huhu.

Malu jugak kat calon2 yang lain. Sebab dalam ramai2 yang amek ujian hari tu, aku sorang je sangkut kat parking. Pegawai JPJ dan semua cikgu2 kat sekolah memandu tu pelik. Macamana aku boleh lepas bukit, tapi sangkut parking. Sebab kebanyakan calon, sangkut kat bukit. Aiyoo..

Lepas 2 kali gagal ujian tu, aku terus tukar sekolah. Rasa tak best pulak buat re-test kat situ banyak2 kali. Lagipun, memang dari awal lagi aku tak suka tempat tu. Terutamanya cikgu yang mengajar aku tu. (Biarlah rahsia apa yang dia dah lakukan)

Tukar sekolah, dan tukar cikgu. Cikgu yang baru tu, alhamdulillah. Kefahaman agama dia bagus. Dia juga ramah dan sangat mengambil berat tentang pelajar2 nya. Aku senang belajar dengan dia. Dan akhirnya, aku lulus! Dapat lesen P! ^_^

Pengajaran yang aku dapat daripada peristiwa ni... Jangan berdiam diri dengan perbuatan dosa orang lain (Rahsia itu). Usaha tangga kejayaan. Berlapang dada lah dengan segala keputusan Allah. Setiap manusia tak pernah terlepas dari berbuat kesilapan.

Alhamdulillah, lagi 5 bulan aku akan renew lesen aku kepada competent. Selama setahun lebih aku pegang lessen P ni, tak pernah sekali pun aku bawak kereta manual. Auto sahaja. Adeihh. Susah ni. Dah lupa segala step yang diajar; tekan clutch, tekan minyak slow2, tukar gear 12345R, boom!



Yang ini aku tak pernah bawak. Tak berani. Tak sesuai kot dengan saiz badan aku. :P



Ini pun tak pernah bawak jugak. Sebab gear dia manual. -_-



Ha, yang ni aku suka! Sayang sama kamu, si merah! ^_^