Thursday, April 30, 2009

Seronok ke aku??


~ K.A.M.I ~


“ Adik-adik abang...”

“ Ye abang Firdaus!”

Begitulah sorakan (baca:teriakan) anak-anak orang asli Kampung Meranti, Pekan Pahang, apabila perhatian mereka dialihkan kepada Abang Firdaus kesayangan mereka tu. Ada yang kecil, ada yang besar. Ada yang sudah bersekolah, ada yang masih belum bersekolah, tak kurang juga ada yang tak mahu ke sekolah.huuu..

Pengalaman yang cukup berharga bagi diriku, mengikuti program Jalinan Budi 09 (baca:baktisiswa). Macam-macam kerenah masyarakat yang aku dapat perhatikan.

Tapi apa yang aku nak cerita kat sini, pengalamanku kali pertama diamanahkan untuk jadi mainboard dalam program besar kuliyyah tu. (Assisstant secretary je kot~)

Nak dijadikan cerita, peranan aku ni banyak dimainkan sebelum dan selepas program je. Pada waktu kejadian, banyak melangut je kot. Mane tak nye, nama kami mainboard2 ni (mainboard la sgt) tak di’include’kan dalam jadual bertugas (memasak, jadi faci, mengemas, etc..).

So, aku pun pegi la menyendeng-nyendeng kat unit2 lain. Kejap gi tolong catering potong sayur, siang ayam, basuh pinggan. Jap lagi pegi pulak tolong prep n tech angkat2 meja, susun kerusi. Kadang2 duk menyebok sebelah PR, sambut tetamu dan VIP's. Last2 bile rasa diri ni macam tak diperlukan lagi oleh sape2, aku pun gi masuk balai, berehat (baca:tido). Ish3 teruk btol! -_-

Dah tu, banyak jugak aktiviti yang kitorang tak dpt join. Sebab, kena gi meeting dengan Tok Batin n the geng. Huuu.. rugi sgt rasa. Dah la aku tak suka meeting! (kalo epah baca ni, mati la aku~) (lagipun takde sape pun ajak gi meeting tu. disebabkan sume mainboard gi, aku pun gi la sekali~)

Apa pun, rasa seronok tu tetap ada. Sebabnye, walaupun kitorang sume (baca:committee) dah dibahagi mengikut unit2, tapi semangat KERJASAMA dan KEBERSAMAAN tu sangat utuh dalam jiwa2 kami! Tak kesah pun duk dlm unit mana, still boleh tolong-menolong antara satu sama lain. ^_^

Tahniah kepada semua committee members Jalinan Budi 09 !! Tanpa kalian sume, program ni mungkin tak selancar seperti yang dirancang. Tahniah sekali lagi! Dan terima kasih. Lain kali kita boleh bekerja sama2 lagi. Jalinan Budi 11 ke.. Yang penting, aku taknak jadi mainboard lagi dah. Nak jadi committee biasa je~

^_^

0 comments: