Wednesday, April 29, 2009

Menyingkap-warna-tirai-warna-rahsia-rindu

Bismillahi walhamdulillah..

Uh..uh..!! Alamak, kenapa terasa kekok je nak menulis ni. Dah lama sangat tak perah otak depan komputer. Ok, takpe. Tarik nafas, hembus pelan-pelan. Tarik nafas lagi, tahan, tahan, tahan, hembus! Allahuakbar! ^_^

Segala puji bagi Allah, atas kehendak dan keizinanNya, maka aku telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang sihat, comel dan mugil, seberat 3.3kg. Heh~


Baby girl tu aku beri nama 'AINUL ASRAR yang bermaksud MATA YANG PENUH DENGAN KERAHSIAAN. ^_^

Subhanallah! Dengan kekuatan yang diberikan olehNya, Warna-Warna Rindu sudah 'bertemu dengan tarikh nisfu sya'ban' nya, dan berjaya diambil-alih pula oleh Menyingkap Tirai Rahsia.

InsyaAllah, pertabalan Menyingkap Tirai Rahsia ni akan memberikan nafas baru kepada pemilik MATA YANG PENUH DENGAN KERAHSIAAN, agar lebih matang dan dewasa dalam menempuh liku-liku hidup yang lebih mencabar.

Jom kita sama-sama selusuri pengalaman pahit manis, suka duka, luahan hati, peringatan dan perkongsian yang akan disingkap oleh 'AINUL ASRAR untuk faedah kita bersama. Segala macam jenis dan keturunan rahsia akan dibongkarkan di sini.



" Bila bunyi bersatu, kau milikku! "
" Bila jari menari, tirai rahsia disingkapi! "

^_^




2 comments:

Syahirah Jamel said...

bila bunyi bersatu kau milikku..??? bukan liril lagu...Pontianak Harum Sundal malam ke???

ngeehee..

tahniah..anda berjaya melahirkan bayi yg sungguh comel ini..diharapkan Ainul Asrar akan terus gagah berdiri sebagai Khalifah dan hamba Illahi!

~ MAR ~ said...

To Syahirah Jamel:>

owh yeke lirik lagu pontianak harum sundal malam??tatau pulak kite~

insyaAllah!