Thursday, July 30, 2009

Bekerja dengan rasa cinta


“Laksana engkau menenun kain dari benang yang ditarik dari jantungmu, seolah2 orang yang kau kasihi akan mengenakan kain itu nanti”

Begitu mendalam maksudnya. Aku terpana seketika. Hati mula mempersoalkan. Sejauh manakah keikhlasan yang tersulam bersama2 dengan ibadah dan tanggungjawab yang ku galas selama ni.

Bekerja untuk diri sendiri, bekerja untuk kumpulan, bekerja untuk pejabat, bekerja untuk persatuan, bekerja untuk universiti, bekerja untuk ummah, bekerja untuk Islam, bekerja untuk sesiapa atau apa2 sekalipun. Di mana keikhlasan kita?

Laksana engkau menenun kain dari benang yang ditarik dari jantungmu. Pasti sangat menyakitkan. Membuatkan kita berfikir berkali2 sebelum menerima amanah itu. Bila amanah sudah tergalas di atas bahu, kita akan mengambil langkah berjaga2 serta berhati2 dalam melaksanakannya. Supaya tidak lebih menyakitkan lagi gurisan di jantung yang akan meninggalkan luka yang dalam. Supaya tidak ada apa2 kesalahan yang dilakukan yang mungkin boleh mengganggu perjalanan program nanti.

Seolah2 orang yang kau kasihi akan mengenakan kain itu nanti. Pasti akan memberi semangat pada kita untuk terus menenun dan terus bekerja dengan baik. Sudah tentu kita mahukan hasil yang terbaik untuk dipersembahkan kepada orang tersayang. Juga kita akan lebih tekun dan rajin dalam bekerja. Kerna sudah tidak sabar lagi untuk melihat senyuman penghargaan dan kasih sayang daripada orang yang dikasihi tersebut. Kita tidak mahu terjadi sebarang masalah atau kecacatan pada hasilnya nanti. Dengan itu, usaha yang lebih keras akan kita kerahkan.

Itu semua pasti akan kita lakukan dengan hati yang terbuka dan penuh keikhlasan. Tidak ada keterpaksaan di situ. Kita bahagia menggalas beg2 amanah tersebut. Meskipun ia amat berat, alasan dan keluhan cuba kita elakkan.

Pernah aku terdengar kata2 hukama’ : “Allah tidak menilai pada hasil dan natijah atas segala yang kita lakukan. Tapi Dia melihat pada usaha yang kita kerahkan selama kita mencuba untuk melaksanakan amanah tersebut”.


Maha adil nya Tuhan kita.

Jadi, marilah kita sama2 setting niat, tetapkan hala tuju dan objektif yang jelas, perbaiki cara bekerja kita, eratkan hubungan baik kita dengan sahabat seperjuangan yang lain, elakkan dari mencampuradukkan perkara2 yang haram atau tidak baik, bekerjalah dengan jujur dan ikhlas sepenuh hati, supaya setiap gerak kerja dan langkah kita dinilai oleh Allah sebagai ibadah.


^_^


Monday, July 27, 2009

Kesibukan itu satu keseronokan

Subhanallah..

Alhamdulillah..

Allahuakbar..


Bila kita renung tentang kitaran hidup manusia di atas muka bumi ni, kita akan menyedari, bahawa hidup kita ini adalah untuk beribadah kepadaNya. Tanpa mengira usia, kecil atau besar, tua atau muda, kanak-kanak mahupan dewasa malah remaja juga punya kewajipan untuk beribadah dan terus beribadah.

Di luar kesedaran kita, sebenarnya kita yang sangat memerlukan ibadah. Bukan ibadah yang memerlukan kita untuk dilaksanakan. Tanpa ibadah, kehidupan tidak akan hidup.

Allah itu Maha Penyayang. Dia tidak menetapkan sesuatu tanpa ada sebab. Kita diwajibkan untuk beribadah kepadaNya setiap masa, untuk kesempurnaan hidup kita sendiri, untuk kebaikan diri kita sendiri.

Mungkin ramai yang masih kabur tentang definisi sebenar IBADAH. Ibadah itu bukanlah hanya berada di atas tikar sembahyang, bangun di tengah2 malam, berpuasa sunat, memberi sedekah kepada orang miskin, atau membaca al-quran siang dan malam. Malahan, konsep ibadah itu sendiri sangat meluas dan banyak cabangnya.

Makan itu ibadah. Tidur juga ibadah. Memakai kasut pun ibadah. Memberi pandangan kepada sesuatu masalah juga tergolong dalam ibadah. Pendek kata, semua yang kita lakukan sehari2 adalah ibadah, selagi mana ia dipandang baik oleh akal dan hati kita.

Tidak ada yang dapat menenteramkan dan mendamaikan serta menjadikan seseorang merasakan kenikmatan hakiki yang ia lakukan kecuali ibadah kepada Allah semata. Imam Ibnul Qayyim rahimahullah berkata, “Tidak ada kebahagiaan, kelezatan, kenikmatan dan kebaikan hati melainkan bila ia meyakini Allah sebagai Rabb, Pencipta Yang Maha Esa dan ia beribadah hanya kepada Allah saja, sebagai puncak tujuannya dan yang paling dicintainya daripada yang lain.

Aku senang. Aku tenang. Hari2 yang aku lalui kini lebih memberikan seribu erti padaku. Walau dalam kesibukan, aku masih mampu mengingatkan diriku tentang asal tujuan hidupku.

Jom ibadah!

^_^

Friday, July 17, 2009

Cas semula semangat~




Alhamdulillah, syukur ke hadrat Mu ya Allah...

Petang tadi, selamat sampai di rumah. 4 jam setengah perjalanan dari kuantan ke seremban. Memang tak boleh buat apa2 dalam bas, selain tidur~ Nak baca buku, nanti pening, amek masa satu hari pulak, baru baik. Bas tak penuh. Sebab weekday, tak ramai orang balik kampung. Best! Duduk 2 seat sorang2.

Sebenarnya, tak rancang betul2 pun nak balik rumah minggu ni. Just cakap2 kosong je (tanpa niat). Sebab malas nak keluar cari tiket. Tiba2 semalam mentor mesej "...mar, akak pun nak balik umah minggu ni. jom!...". Aku pun melonjak keriangan. Yeay!

*****

Pagi tadi jam 740am, seperti yang dijanjikan, aku dibawa oleh mentor, menaiki kereta kawan beliau (mentor tukar kereta dengan kawan dia seminggu. alaa, xdapat nak merasa naik Umar), menuju ke Terminal Makmur. Rancangnya, nak beli tiket je, pastu balik UIA semula untuk breakfast dengan kakak2 yang lain. Tup2, terus dapat beli tiket ke Seremban, bas pukul 900am tu. Masa tu dah pukul 800am.

"Mar, kita breakfast kat sini je la. jap, akak bagitau kakak2 yang laen2, lain kali je la makan sama diorang.." -mentor-
"Ok. tapi akak ada kelas kan kul 830?" -aku-
"Takpe, sempat je..." -mentor-

Kami pun singgah la di Restoran Rahmat, betul2 bersebelahan dengan terminal bas tu. Mentor order teh 'o ais dengan roti canai. Aku order milo ais dengan roti canai. Lambat jugak order kami sampai. 815am baru dapat makan.

Dalam hati aku, "ish, dah lambat ni. kang tak sempat pulak mentor nak berkejar balik ke UIA, gi kelas." Aku makan cepat2. Tapi, macam biasalah. Cepat macamane pun aku makan, hasilnya tetap sama. Aku berjaya habiskan 3/4 bahagian je, roti canai tu. Yang selebihnya, hehe, mentor tolong habiskan.

"Akak, nak tolong kite tak?huhu.." -aku-
"Alaa, malu la akak" -mentor-
"Takyah malu de ngan kite. kite memahami akak. heee.." -aku-
"Ish, ni perut akak yang besar ke, perut mar yang kecik?" -mentor-

Kagum aku melihat mentor makan. Licin. Bersih. Dengan kuah2 pun habis. Siap tolong habiskan aku punya lagi. Tak macam aku. Tiap kali makan, mesti tak habis. Ada je yang tinggal. Si bulat ni selalu tegur, "mar, yang tinggal tu untuk sape?". Huhu. Camane la aku nak ubah sikap ni. Tapi, seriously, aku memang tak mampu nak habiskan makanan2 tu. Perut sendat sangat dah.

Kami selesai makan lebih kurang jam 825am. "Cup, kite bayar!". Selalu kalau aku keluar dengan mentor, dia je yang suka belanja. Tak aci lah kan. Kali ni, aku cepat2 pegi basuh tangan, dan terus ke kaunter bayaran, terus bayar, untuk semua order. Yeay, dapat belanja akak! Selalunya memang kami berebut nak bayarkan. Dan, mentor yang asek menang. Tapi kali ni, aku menang.

830am, kami berpisah. Aku menuju ke tempat menunggu bas, mentor kembali mendapatkan kereta dan pulang ke UIA. Rasa bersalah pula. Kesian mentor, lambat ke kelas. Sebab temankan aku ke terminal dan breakfast bersama.




Itulah mentor aku. Pandai ambil hati orang. Terlalu mengambil berat akan orang lain. Sedaya upaya memenuhi janji2 nya, walaupun terpaksa mengorbankan masa beliau sendiri. Terlalu banyak jasa dan kebaikannya padaku. Sebab tu aku gelarkan dirinya MENTOR di sini. Aku ingin menjadi sepertinya. Atau mungkin lebih baik dari itu. Beliaulah yang banyak memberi tunjuk ajar padaku, untuk menjadi 'dewasa'.

*****

Ok, satu hari yang menyeronokkan! Malam ni, aku makan dengan banyak sekali. Abah beli macam2 makanan kat pasar malam. Sebab, semua adik beradikku ada di rumah. Muhammad yang akan amek SPM tahun ni, dah keluar dari asrama. Takmau duk asrama lagi, sebab susah nak belajar. Aku faham. Aku dulu pun macamtu jugak. Dah dekat nak SPM, taknak duk asrama lagi.

Esok, insyaAllah, kami semua akan ke Sunway. Syarikat abah buat family day. Dengar2 macam seronok. Tapi aku masih berbelah bagi, nak pegi ke tak... Ingat nak rehat2 je kat rumah, boleh study sikit2 nota yang aku bawak balik tadi. Tapi, tak sedap hati pulak kalau tak join mereka. Itu kan family day. So, sume family members kene la ada kan?

Kita tunggu dan lihat ye. Hari esok bukan milik kita, andai kita tidak menggunakan hari ini dengan sebaiknya (memenuhinya dengan aktiviti berfaedah dan ibadah yang berterusan). Ape pun, aku seronok berada di rumah! Home sweet home~

P/s: Tujuan aku balik rumah minggu ni sebenarnya, untuk mengecas semula 'bateri' aku yang kian lemah. Dek kesibukan semasa Program Ta'aruf tempoh hari, semangatku untuk masuk ke kelas terasa meluntur. Entah mengapa agaknya. Jadi, mari aktifkan semula bateri! ^_^

What goes around, comes around



Segala yang manis pasti ada pahitnya

Begitulah jua hidup bersama

Segala yang indah jadikan hiasan

Segala yang buruk jadikan sempadan


Hari2 yang berlalu meninggalkan banyak pengalaman dan pengajaran pada diriku. Pengalaman adalah guru terbaik dalam kehidupan. Ia lah yang mematangkan ku selama ini. Ahli keluarga dan sahabat handai turut mewarnai lakaran kehidupan ini.


Aku pernah terdengar kata2 seorang pakar motivasi. “Janganlah terlampau menyayangi seseorang, kerna boleh jadi suatu ketika nanti, apabila dia terlanjur melakukan kesalahan yang kecil pada dirimu, kau mungkin akan membencinya. Jangan pula terlampau membenci seseorang, kerna boleh jadi suatu ketika nanti, dia lah orang pertama yang akan hadir memberi bantuan tika kau dalam kesusahan, saat rakan2 mu meninggalkanmu.”


Memang ada benarnya kata2 tersebut. Aku sendiri pernah mengalaminya. Aku pernah meletakkan harapan yang terlalu tinggi pada seseorang yang aku sayangi, hingga pada suatu masa, dia melakukan perkara yang tidak aku senangi. Lalu berlakulah sedikit konflik antara aku dan dia. Aku terlalu makan hati dengan perbuatannya. Kerana, dia tidak seperti yang aku sangka dan harapkan. Sukar untuk berlapang dada dengannya, kerana dia adalah orang yang terlalu aku percayai. Lalu kami saling tidak bertegur sapa antara satu sama lain. Padahal perkara tu sangatlah remeh.


Pernah juga. Aku begitu meluat, menyampah dan tak gemar dengan perangai seorang insan ni. Tapi, dia selalu hadir saat aku memerlukan bantuan. Dia banyak membantu meringankan beban masalah ku. Walaupun aku kurang menghargainya, namun tanpa kusedari, dia sentiasa memberi sokongan di belakang tabir, tanpa pengetahuanku.


Begitulah, rencah kehidupan. Terlalu banyak rasanya dosa2ku terhadap insan2 di sekelilingku. Kini, aku belajar untuk selalu bersangka baik dengan mereka. Selalu berlapang dada dengan keterlanjuran mereka. Sabar dengan kerenah yang tidak sehaluan dengan diriku. Kerana, dari situlah Allah mahu mengajar kita erti sebenar ukhuwah. Sejauh mana kita ingin mengambil pengajaran dengan ujian dan dugaan yang datang.


Allah ciptakan manusia dengan pelbagai ragam dan sifat. Untuk kita saling mengenali antara satu sama lain. Untuk kita belajar bahawa keindahan hidup ni bergantung kepada keindahan warna2 nya yang dicorakkan oleh kita sendiri.


Berhubunganlah dengan ikhlas. Belajarlah untuk menerima segala kebaikan dan kekurangan yang ada pada dirinya. Kerana kita semua insan biasa. Punya kelebihan dan kelemahan tersendiri. Jangan pentingkan diri sendiri sahaja, sehingga mahu semua kehendak kita terpaksa dipenuhi orang lain. Andai kita tak mampu untuk mengikut rentak orang lain, begitu juga mereka. What goes around, comes around.



Sunday, July 12, 2009

Tagged by IZZAH ISMAIL



>> 5 fakta menarik tentang pemberi award nih..

1. Happy go lucky! izzah memang selalu hepi. susah nak tengok dia sedih. dia memang contra dengan aku. aku selalu sedih, izzah selalu hepi. itulah yang menguatkan hubungan kami. ^_^

2. Banyak cakap. hehe..izzah kalau dah bercakap, memang susah nak berhenti. pastu, cakap laju pulak tu. aku yang lambat pickup ni, kadang2 ada masalah sikit bile berkomunikasi dengan dia. izzah banyak cakap, aku kurang bercakap. perbezaan kedua yang mengeratkan lagi silaturrahim kami. ^_^

3. Pandai baca air muka aku. ish, susah nak elak kalo aku ada problem. dia orang pertama yang tegur. susah payah aku simpan kesedihan ni, supaya tak nampak pada raut wajah, dia mesti dapat kesan jugak. then, nasihat dan semangat ditaburkannya. sume orang pun mesti bangga ada kawan macamni kan? inilah yang menambahkan lagi keakraban kami. ^_^

4. Family first. izzah selalu letakkan famili dia di tempat teratas. dia buat apa2, mesti dia ingat famili dulu. Kalau ada aktiviti famili kt umah dia, dia sanggup balik, wpun cuti hujung minggu je. setiap hari, dia akan call mak dia, tanya khabar. aku, 3hari sekali je..huhu..

5. Budak kecik jugak. satu2 nya persamaan kami! badan dia kecik macam aku. berat pun lebih kurang. yang paling best nya, big hug dengan izzah. terasa macam ada aura kasih sayang dan semangat yang mengalir. lepas tu, mesti rasa mata macam bertakung. betul kan izzah?!


>>Tulis 10 fakta/hobi tentang diri sndiri sbelum memilih penerima award seterusnya.

1. Belajar blogging dari izzah ;))

2. Suka lompat2 baca blog orang, esp kawan2 yang dah mendirikan rumah tangga dan bakal menimang cahaya mata.

3. Punya hati yang sensitif, amat.

4. Tak mudah mesra, tapi dengan orang yang dikenali... kamu tahu kan...?!

5. Suka privacy. sebab tu mintak tukar bilik.

6. Kurang bersabar. huhu.. Husna selalu kena kan?! :P

7. Makan sikit, tapi kerap. makan lambat2. selalu kena bebel dengan budak gemok yang selalu habis cepat :P

8. Simple girl. biasa2 je. low profile.

9. Suka berkawan dengan orang yg lebih dewasa. sebab tu perangai mengada2 kot~

10. Selalu merindui. hehe. jangan terlalu berjauhan dengan aku ye, teman2..


>> Pilih penerima award seterusnya..n describe tentang mereka..

Izyan 'Izzati Mahzan! Enti wajib buat ni..

Izyan ni adalah sahabat yang paling lama aku kenali. sejak sekolah rendah, sampai sekarang. kami jarang bersama, tapi tautan hati antara kami begitu kuat sekali. Allah saja yang tahu, betapa aku bersyukur punya sahabat sepertinya. Yan, ana takleh describe banyak2 sangat pasal enti. kang ana nanges. ana taknak perah memori kita dulu2. kang enti pun nanges sekali. huhu. i love u!



Saturday, July 11, 2009

Kembali

Alhamdulillah, setelah lebih kurang 2 minggu aku tinggalkan AINUL ASRAR ni dek kesibukan kerja yang diamanahkan, hari ni aku kembali berkesempatan untuk menjengah ke sini. 2 minggu yang berlalu, meninggalkan kesan yang amat mendalam pada diriku.

Bermula dengan kepulanganku ke kampus Kuantan...

Masuk bilik baru. Berhabuk sangat2. Dengan barang2 yang banyak dan bersepah2. Rasa macam tak mampu nak kemaskan sendiri. Kalau boleh nak upah orang untuk kemaskan. Tapi berkat kekuatan dan semangat nak masuk sem baru nanti, akhirnya berjaya juga aku menghasilkan sebuah bilik yang selesa untuk didiami. Heheh.

Rakan2 sebilik semuanya senior. Bertambah lagi bilangan kakak yang aku ada. Bilik2 sebelah pun begitu juga. Ada dia yang selama ni memberi semangat padaku untuk terus bertahan dengan ujian2 yang datang di bumi UIA Kuantan ni. Alhamdulillah.

Yang paling mengujakan aku, setiap pagi selepas solat subuh, ada beberapa ekor burung yang riang menyanyi, memuji dan memuja keindahan waktu pagi ciptaanNYA. Di hadapan tingkap bilik aku ada sebatang pokok yang beranting seribu tanpa daun. Di situlah tempat burung2 bertenggek dan berkicau riang, menambahkan lagi seri di waktu pagi. Subhanallah, alangkah indahnya!

Aku menghadiri Induction Course untuk bakal2 committee Ta'aruf Programme 2009 di Amansari Resort Pantai Sepat...

Tempatnya sungguh indah. Betul2 berhadapan dengan laut. Setiap pagi, gerimis hujan membasahi bumi, mengejutkan kami dari lena, untuk kembali beribadah dan melaksanakan amanah. Walaupun kami sibuk membuat perancangan dan gerak kerja sepanjang Ta'aruf Week nanti, kami masih diberi peringatan untuk tidak melupakan Tuhan. Terima kasih kepada Biro Disiplin dan Ibadah, kerana meletakkan taklifat yang mampu dilaksanakan oleh semua komiti.

Selain berbincang tentang job scope, master plan, floor plan, tentative, etc, kami juga diberi kesempatan untuk melakukan aktiviti outdoor. 'Water confident' memberi ilmu tambahan kepada kami. Belajar berenang, terapung dan cara2 menggunakan kompas. Terima kasih kepada steering committee yang merancang semua ni untuk kami.

Di sana jugalah kami (student committes) mula memupuk semangat ukhuwah yang mantap, setiakawan, saling membantu dan bekerjasama untuk memastikan program Ta'aruf akan datang berjalan dengan lancar.

Preparation day di kampus...

Kami banyak menghabiskan waktu di MPH a.k.a Operation Room kami. Menyudahkan kerja2 yang tak sempat dilaksanakan sewaktu induction lalu. Dari pagi sampai ke petang. Ada juga yang stay sampai malam. Dalam jangka masa ni jugak, pelbagai ujian datang menimpa kami, satu persatu. Antara yang paling memberi kesan adalah keberangkatan pulang ketua biro kami ke kampung halamannya. Bapanya dimasukkan ke wad kerana masalah kesihatan. Terpaksa la dia menarik diri daripada menjadi committee program Ta'aruf ni.

Lagi pula, ada beberapa orang lagi committee lain yang turut berhadapan dengan masalah yang sama. Mereka juga menarik diri. Jadi, yang tinggal hanyalah 50 orang sahaja, berbanding 60 orang sebelumnya.

Ta'aruf Week for July intake 2009/2010 session...

Berada dalam biro Welfare & Welcoming ni memang agak mencabar dan menguji ketahanan. Tugas kami bermula dengan menyambut adik2 keluar dari kereta mereka, ke bilik. Macam2 ragam dan kerenah yang kami temui. Pujian dan cemuhan silih berganti. Namun itulah yang terus memberi semangat kepada kami untuk terus bertahan. Manusia, rambut sama hitam, hati lain2. Hanya senyuman yang mampu diberi sebagai respon kepada semua itu.

Hari pertama sungguh memenatkan. Hari kedua pula datang dengan seribu pengharapan. Adik2 ramai yang kurang sihat. Selaku 'ambulans', aku lah yang harus melayan mereka. Sakit gigi, sakit mata, pening kepala, demam, gastrik, senggugut, haih macam2 la budak2 ni. Kehulu kehilir la aku dengan kak wardah mengangkut diorang.

Yang kelakarnya, ada ke patut, committee2 yang lain tu, kalo ada budak sakit je, terus cari aku, call aku, tanya nak buat apa kat budak tu. Aku bukan doktor. Tak tahu sangat pun pasal ubat apa nak bagi, posisi apa yang patut diletakkan pesakit tu. Tapi dengan sedikit bekalan ilmu 1st aid yang ada, boleh laa. Itupun berkat tunjuk ajar kak wahid.

Alhamdulillah, yang paling seronok jadi 'ambulans' ni, bila kerja kita dah selesai, adik2 dah sihat. Ucapan terima kasih yang keluar dari mulut mereka ni, memang lain dari yang lain. Betul2 ikhlas dari hati mereka. Dari hati, menyentuh hati. Itulah kebahagiaan yang dikecapi bila jaga orang sakit. Betul tak, doctor-to-be?

Credits goes to Doktor Norlita Bahari, Doktor Fa'iza Abdullah dan Kak Lin (staff nurse IIUM Health Centre). Mereka memang sporting. Banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar padaku sepanjang aku menjalankan tugas 'menjadi ambulans' ni. Sifat keibuan Dr. Norlita memang tiada tolok bandingnya. Terasa seperti ibu sendiri, apabila beliau memeluk tubuhku. Subhanallah. Rindu kat Ummi.

^_^


Esok, kelas bakal bermula. Bermulalah lagi satu perjuangan yang takkan pernah selesai. Perjuangan mencari ilmu. Setahun berlalu memberi sejuta pengajaran buat diri yang lemah. Moga tahun ini, aku menjadi lebih kuat dan gigih dalam mengharungi kehidupan yang penuh pancaroba. Doa dan sokongan keluarga dan sahabat, amat ku hargai.

Terima kasih Allah! KAU memang Pengasih dan Penyayang!

Sunday, June 28, 2009

Pulanglah




Insya-Allah esok, 29 Jun 2009, aku akan bertolak 'pulang' ke medan-jihad-zon-selesa. Indera Mahkota Campus, Kuantan, Pahang. Dengan berbekalkan misi, visi, dan semangat baru yang kukutip sepanjang cuti semester kali ni, moga Allah permudahkan. Amiin.

Hidup ini bukan hanya untuk belajar dan berseronok sahaja, tapi mencari erti kehidupan sebenar. Ingatlah kata2 Imam Hassan al–Banna, tanggung jawab melebihi masa yang ada.

Adakah kita sudah menyelesaikan segala tanggung jawab yang ada demi Islam tercinta? Atau sekadar menghabiskan masa yang ada dengan hiburan?

Ayuh diriku, bangkit! Jangan kita terlalu lena dengan duniawi. Ukhrawi sedang menunggu kita.

Rabbi Yassir Wala Tu'assir Ya Kariim.

" Para dae’i yang benar-benar ikhlas dan ber’azam hendak menyebarkan risalah Islam wajarlah sentiasa mengingati bahawa medan ‘amal mereka ini bukanlah kegiatan memenuhi masa lapang yang boleh dibuat secara sambil lewa, dan membiarkan diri dan ‘amal mereka dipengaruhi oleh suasana persekitaran yang sentiasa berubah. Sebaliknya seorang dae’i perlu menginsafi bahawa mereka sedang membawa satu amanah yang amat besar lagi berharga, satu tugas paling mulia yang kerananya Nabi-nabi dan Rasul-rasul diutuskan.


Sudah menjadi satu yang lumrah bahawa setiap sesuatu yang besar lagi berharga sukar dicapai melainkan dengan bayaran dan pengorbanan yang besar. Begitu juga sesuatu tujuan dan matlamat yang besar terpaksa melalui dan mengharungi ranjau, kesulitan-kesulitan yang mencabar, dugaan-dugaan yang besar, ujian-ujian yang pahit, penderitaan dan kesedihan, kesukaran-kesukaran dan aneka kesusahan di samping saat-saat merasai kemanisan dan harapan.


Liku-liku yang sangat panjang dalam perjalanan dakwah menuntut para dae’i mempersiapkan diri dengan bekalan supaya dengan bekalan ini perjalanan mereka menjadi lebih terjamin dan sempurna. Mereka memerlukan kasih sayang dan rahmat dari Arhamarrahimin, Tuhan yang dariNya bersumber segala kurniaan dan denganNya berakhir segala ganjaran kerana dariNyalah amanah risalah ini diwarisi ke atas para dae’i.


Hanya dengan bekalan dan panduan-panduan dari Allah para pendokong risalah ini dapat bergerak dengan benar dan menerima limpahan rahmat dariNya. Dengan menyedari dan menuntut bekal ini, para dae’i akan selalu kembali kepada Tuhannya dalam segala perkara dan harapan mereka akan sentiasa hidup kerana panggilan dan bimbingan dari Allah ’Azza Wajalla adalah panggilan yang menghidupkan! "


Al-Ustadz Ya’qub Muhammad Hussin



Friday, June 26, 2009

AKU, UMA, SAHABAT, dan MENTOR



























i wish you were here

here next to me
been missing you so

so desperately

but lately i feel like you feel

and i see what you see

how i'm missing you



UMA. Yang di atas tu namanya UMA. Dah hampir 2bulan aku tak bertemu dengannya. Rindu. Mungkin kamu semua nampak ia hanya seekor kura-kura belaan yang tidak bernyawa. Atau sebuah bantal yang dibentuk seperti seekor kura-kura, menjadi peneman tidur di waktu malam. Atau kah, 'teddy bear' yang dibuat main seperti kanak-kanak kecil...?

Tidak bagi aku. Padaku, UMA sangat istimewa. Mungkin boleh aku katakan di sini, UMA lebih berharga daripada segala harta dan wang ringgit yang aku miliki (macam banyak sangat je). Nilainya tidak akan terbeli oleh sesiapa pun. Bill Gates pun tak akan mampu untuk menukar kesemua harta miliknya dengan UMA ku (kalau dia nak la). Kerana aku tidak akan memberikannya kepada sesiapa pun, untuk selamanya.

Ukhuwwah, Persahabatan, Kasih sayang, Dakwah, Ithar, Belas kasih, Simpati, Empati, Ketulusan, Kesetiaan, Bersikap positif, Keceriaan, Tanggungjawab, Kepercayaan diri, Konsisten, Berdikari. Itulah antara nilai yang aku pelajari sepanjang ia ada bersamaku.

Inilah kisah AKU, UMA, SAHABAT, dan MENTOR.

Selama 2bulan yang lalu, UMA dijaga oleh MENTOR. Sian MENTOR kena jaga UMA. Dah la baju-baju kurung aku semua kat bilik dia. Bersepah bilik dia dengan barang aku. Maaf ye MENTOR, aku selalu menyusahkan kamu. Takpe, UMA baik. Dia tak nakal kan? Harap-harap UMA sentiasa menenangkan hati kamu, betul kan MENTOR!?

Di saat ini, aku rasa UMA tidak bersama dengan MENTOR. Sebab MENTOR dah start cuti. Dia mungkin dah pulang ke kampungnya. Takpe UMA, lagi seminggu aku akan kembali padamu. SAHABAT juga mungkin sangat merinduimu, UMA. Aku dan SAHABAT tak sabar untuk bertemu dengan UMA.

SAHABAT, thanks for everything. Thanks for giving me the special and precious UMA. I'm so happy to be with UMA, always. U know what, SAHABAT, it brings me to an so-called evolution in my life. And my heart too. Day to day, it makes me pondering bout life. Lately, i just can smile. Smile through whatever situation i've faced. Cause i'm able to realize and see the wisdom behind them.

MENTOR, u and i have a lot of great time together with UMA rite?! UMA always be an 'orang tengah' between u and me. Do u remember that night... I was in a very depressed and sad mood. U cheered me up and made me smiled again. UMA was there with us and said to me "Mar, jangan sedih2 lagi ye...". So sweet. Thanks for everything, MENTOR. I don't know how to express my very-huge-appreciation to you. And sorry for everything. I always burden u with my-never-end-problems (huhu..) and my childish behaviour.

Eh, kenape tetibe tuka bahasa ni.. Hehe. Sebab tengah menghayati dengan sepenuh hati. Ok, begitu lah kisahnya sedikit. Tak perlu lah kamu bersusah payah untuk memahaminya. Kerana kisah ini aku terjemahkan ke dalam bentuk tulisan hanya untuk meluahkan kerinduanku yang amat mendalam terhadap UMA, SAHABAT, dan MENTOR. Love u all, till Jannah!



Tuesday, June 23, 2009

Siapa nak pahala, angkat tangan!


Alhamdulillah. Akhirnya kita bertemu juga dengan bulan Rejab 1430H. Maka bermula lah peluang untuk kita menambah pahala dan memperbanyakkan amal ibadah. Moga kita terus diberi kesempatan olehNya untuk berjumpa dan menyambut Ramadhan yang akan datang..

Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahawa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:"


1.
Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

2.
Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab: Isra' Mi'raj akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

3.
Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

4.
Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab, maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat

5.
Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah

6.
Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa lapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga

7.
Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah saw lagi :
"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?" Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab i ni."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :
"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."

Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"
Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."

Betapa, besarnya kasih sayang Allah pada umatnya... Subhanallah...



P-E-R-H-A-T-I-A-N!

Beramallah menurut kemampuan masing-masing
Jika tidak dapat melaksanakannya

Janganlah ditinggalkan kesemuanya
...






-wallahua'lam-

Monday, June 22, 2009

Tahniah Bulat!

Bersempena dengan tajuk entri kali ni, aku ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada Cik Bulat yang jauh di seberang laut nun. Beliau telah berjaya meluluskan diri dalam ujian memandu JPJ pagi tadi. Tahniah Yang! ^_^

Teringat kembali kenangan 2 tahun yang lepas. Sewaktu aku menduduki ujian tersebut. Nervous yang teramat! Nak amek SPM pun tak takut macamtu. Berpeluh2 aku tunggu giliran untuk masuk kereta dan diuji.

Nah, hasilnya....Ujian di jalan raya aku lulus dengan cemerlang. Tapi ujian di litar, aku gagal. Sangkut kat parking. Bukan sekali gagal. Tapi dua kali. Maknanya, 3 kali la aku amek ujian tu.

Perasaan? Tentulah sedih. Balik rumah lepas tu, aku nangis sorang2 kat dalam bilik. Kecewa sangat. Kenapalah benda senang tu pun aku tak boleh buat. Rasa diri ni tak berguna sangat. Huhu.

Malu jugak kat calon2 yang lain. Sebab dalam ramai2 yang amek ujian hari tu, aku sorang je sangkut kat parking. Pegawai JPJ dan semua cikgu2 kat sekolah memandu tu pelik. Macamana aku boleh lepas bukit, tapi sangkut parking. Sebab kebanyakan calon, sangkut kat bukit. Aiyoo..

Lepas 2 kali gagal ujian tu, aku terus tukar sekolah. Rasa tak best pulak buat re-test kat situ banyak2 kali. Lagipun, memang dari awal lagi aku tak suka tempat tu. Terutamanya cikgu yang mengajar aku tu. (Biarlah rahsia apa yang dia dah lakukan)

Tukar sekolah, dan tukar cikgu. Cikgu yang baru tu, alhamdulillah. Kefahaman agama dia bagus. Dia juga ramah dan sangat mengambil berat tentang pelajar2 nya. Aku senang belajar dengan dia. Dan akhirnya, aku lulus! Dapat lesen P! ^_^

Pengajaran yang aku dapat daripada peristiwa ni... Jangan berdiam diri dengan perbuatan dosa orang lain (Rahsia itu). Usaha tangga kejayaan. Berlapang dada lah dengan segala keputusan Allah. Setiap manusia tak pernah terlepas dari berbuat kesilapan.

Alhamdulillah, lagi 5 bulan aku akan renew lesen aku kepada competent. Selama setahun lebih aku pegang lessen P ni, tak pernah sekali pun aku bawak kereta manual. Auto sahaja. Adeihh. Susah ni. Dah lupa segala step yang diajar; tekan clutch, tekan minyak slow2, tukar gear 12345R, boom!



Yang ini aku tak pernah bawak. Tak berani. Tak sesuai kot dengan saiz badan aku. :P



Ini pun tak pernah bawak jugak. Sebab gear dia manual. -_-



Ha, yang ni aku suka! Sayang sama kamu, si merah! ^_^