Friday, May 29, 2009

Talqin untuk diriku

Tempat kembaliku


Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.


Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup. Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala.

Dialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai Mardhiah binti Khurshiah, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Ingatlah wahai Mardhiah, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat sebagai wakil Tuhan yang menemui kamu, iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai Mardhiah binti Khurshiah, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka akan menyoal kamu.

Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul.

Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati. Hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku, Muhammad nabiku, Islam agamaku, kitab suci Al-Quran ikutanku, Baitullah itu kiblatku, malahan solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku. Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammad dur rasulullah".

Wahai Mardhiah, tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai Mardhiah binti Khurshiah, bahawasanya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.

Bahawasanya hari Kiamat tetap akan ada, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini.

Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alal mursalin walhamdu lillahi rabbil alamin.

Al-Fatihah..

Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati "Kullu nafsin zaa iqatul maut"

Firman Allah swt, "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran." Surah Al-A'sr

-_-

Thursday, May 28, 2009

Merindui kalian..

Tiada dalam gambar: kak tikah & kak huda


Pertemuan menghadiahkan kita kasih sayang
Jika cinta satu pasti bertemu ia tidak ternilai

Kerana antara hati kita
Telah tiada antaranya lagi
Yang ada hanya cinta kasih Ilahi

Kita berpisah hanya sementara
Kerana pertemuan bukan milik kita
Jasad dan suara berjauhan sentiasa
Namun cinta abadi

Biar terpisah selalu menderita
Kerana syurga menagih ujian
Sedang neraka dipagari oleh nikmat
Bertemu tidak jemu berpisah tak gelisah

Bicara kita adalah bicara sufi
Tanpa suara dan kata-kata
Kerana penghubung kita adalah suara hati
Bertemu berpisah kerana Allah


Pertemuan itu bukanlah milik kita. Sekadar menjadi rencah dalam kehidupan untuk mewarnainya dan melakar cerita baru.

Allah sahaja yang memegang hati hamba-hambaNya. Semoga dia akan pegang erat hati hamba-hambaNya yang ikhlas dalam berukhuwah demi Allah sebagaimana doa rabithah yang sering kita baca.

Aku yakin, dengan doa yang kita baca tu, Allah akan satukan hati-hati kita walau dimana sahaja kita berada. Semoga Dia kumpulkan hati-hati ini untuk sentiasa erat dan kukuh. Yakinlah bahawa Allah akan terus pegang hati kita atas jalan dakwah ini. Atas jalan dakwah inilah hati kita akan terus bersatu. Ameen!


Monday, May 25, 2009

Ia menitis kerana An-Naba'

إِنَّ جَهَنَّمَ كَانَتْ مِرْصَادًا
Sesungguhnya neraka jahanam bersembunyi mengintai.

لِلْطَّاغِينَ مَآبًا
Menjadi tempat kembali bagi orang-orang yang melampaui batas.

لَابِثِينَ فِيهَا أَحْقَابًا
Mereka tinggal di Sana selama-lamanya

لَّا يَذُوقُونَ فِيهَا بَرْدًا وَلَا شَرَابًا
Mereka tidak merasakan kesejukan dan minuman di dalamnya,

إِلَّا حَمِيمًا وَغَسَّاقًا
Selain air yang mendidih dan nanah

جَزَاءً وِفَاقًا
Sebagai pembalasan yang setimpal

إِنَّهُمْ كَانُوا لَا يَرْجُونَ حِسَابًا
Sesungguhnya dulu mereka tidak pernah mengharapkan perhitungan

وَكَذَّبُوا بِآيَاتِنَا كِذَّابًا
Dan mereka benar-benar mendustakan ayat-ayat Kami

وَكُلَّ شَيْءٍ أَحْصَيْنَاهُ كِتَابًا
Dan Kami telah mencatat segala sesuatu dalam sebuah Kitab

فَذُوقُوا فَلَن نَّزِيدَكُمْ إِلَّا عَذَابًا
Maka rasakanlah! Karena Kami tidak akan menambah apa pun kepadamu selain azab.

Inilah ancaman Allah kepada golongan kuffar, zalim dan mereka yang mati dalam kefasikan. Perkhabaran benar ini merupakan hujjah Allah kepada manusia, bahawa apa yang bakal mereka temui di dalam kehidupan abadi nanti bukan suatu perkara rahsia yang tidak pernah disampaikan Allah SWT kepada manusia.

Ngeri. Na'uzubillahi min zalik!


اللهم اختم لنا بحسـن الخاتمة ولا تختم علينا بسـوء الخاتمة
“Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan husnul-khatimah (akhir yang baik), dan jangan Kau akhiri hidup kami dengan suu-ul-khatimah (akhir yang buruk)”


T_T

Thursday, May 21, 2009

Assalamualaikum



Sedang asyik aku termenung dan mengelamun, sambil pandanganku dilontarkan ke arah dinding, dengan pandangan yang kosong, tiba-tiba ada sepasang makhluk menyekat lamunanku.

Semut. Ada semut kat dinding. Pada mulanya, hanya sepasang semut yang kulihat. Tapi, rupa-rupanya ada banyak lagi kawanan semut yang berjalan dalam bentuk barisan. Dua hala. Satu ke atas siling, satu lagi ke bawah lantai.

Aku hampirkan wajahku ke arah dinding. 'Eh-eh, apa yang semut dua ekor ni tengah buat..?' Mereka berdua merapatkan kepala masing-masing sehingga bersentuhan antara satu kepala dengan yang lain. 2 saat kemudian, mereka meninggalkan satu sama lain, dan meneruskan halatuju ke destinasi masing-masing.


Lantas, 2 ekor semut tadi tu mengulang perkara yang sama kepada semut-semut lain yang bertembung dengan mereka sepanjang landasan perjalanan mereka.


Wow, subhanallah! Semut-semut tu mungkin sedang berteguran sesama mereka. Nampak semacam mereka gunakan antenna di kepala mereka untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang meraka bualkan dalam masa 2 saat yang sekejap tuh?

Ok, kalau kita la, manusia, logiknya, apa yang boleh kita bualkan dalam masa 2 saat? Berbual dengan manusia lain yang terserempak dengan kita di tengah jalan? Manusia yang lain tu, boleh jadi kita kenal, boleh jadi kita tak kenal langsung?

Yeah! GREET. Ataupun lebih dikenali di kalangan Muslim sebagai MEMBERI SALAM.

"Bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. yang mana satu antara amalan dalam Islam itu lebih baik? Jawab Rasulullah, Kamu memberi makan kepada orang yang memerlukannya dan mengucapkan salam ke atas sesiapa yang kamu kenal dan yang tidak kenal"
(Riwayat Bukhari Dan Muslim)

See. Semut yang takde akal tu pun pandai bagi salam kat semut lain bila mereka bertembung. Inikan pulak aku manusia yang ada akal, yang diciptakan dengan sebaik-sebaik ciptaan.

Dulu, kita bangga memberi salam kepada saudara Islam
Tapi kini, kita lebih selesa dengan hanya menyebut 'Hai'
Kononnya lebih mudah dan ringkas
Maklumlah dalam dunia yang serba pantas ni
Segalanya mahu yang mudah dan cepat
Kalau sebut 'Assalamualaikum'
Belum habis sebut perkataan tu
Orangnya dah tiada di depan mata
Itulah antara alasan yang digunakan
Apabila ditanya kenapa dan mengapa begitu
Bahkan sebenarnya
Ia membuktikan betapa rapuhnya ukhuwah islamiyyah kita hari ni

Walhal, antara hak seorang Muslim terhadap Muslim yang lain adalah mengucapkan salam sesama Muslim. Rasulullah saw ada bersabda dalam Riwayat Muslim:

"Demi Zat yang diriku dalam genggamanNya, mereka tidak akan masuk ke syurga sehingga mereka beriman. Dan mereka tidak beriman sehingga mereka saling menyinta. Mahukah kamu aku tunjukkan sesuatu yang jika kamu mengerjakannya kamu akan saling menyintai? Sebarkan salam di kalangan kamu."


Susah ke nak bagi salam? Agak aa. Kenapa, taktau. Sebab tak biasa amalkan kot. Lagi satu, malu. Ish, malu tak bertempat. Ataupun, malas. Aku..aku.. Benda paling basic dalam agama pun susah untuk aku amalkan, inikan pulak perkara-perkara yang lebih core.

Okeyla. Mulai hari ini, aku berazam akan memberi salam kepada sesiapa sahaja Muslim yang bertembung denganku. Tak kire la aku kenal dia ke tak. Memang susah nak mula. Tapi once dah try, aku pasti akan dapat membiasakannya. Kan? Aku akan mula sikit-sikit. Untuk tempoh percubaan ni, aku target dalam seminggu, dapat sorang.

Kenapa target rendah sangat? Hehe. Bukan ke Rasulullah kata, sebaik-baik amalan adalah amalan yang walaupun sedikit tetapi ianya berterusan. Ya, istiqamah! Buat takat mana yang termampu dulu. Jangan paksa diri buat perkara yang kita tak biasa lakukan. Nanti hasilnya, kita akan bosan, terbeban, dan tak larat dah nak amalkan. Tak ke rugi tu..

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Sebarkanlah salam walaupun kepada mereka yang sedikit. ^_^

Assalamualaikum!

Tuesday, May 19, 2009

Matematik yang ku rindu

"Akak, camane nak buat soalan ni..?"
"......"

"AKAK!"
"Hm, mana?"

"Ni ha! Orang tunjuk, dia bukan nak tengok pun..!"
" :P Ala, buat macam tu la.."

"Macam mane??"

"Ish..ntah. Akak tak tahu la. Tanye Ummi.."


~Adik aku yang selalu perasan cun~


Haha. Dialog biasa aku dengan adik aku pada setiap malam hari. Dia memang suka amek kesempatan untuk tanye soalan maths kat aku bile aku berada di rumah, cuti semester. Tapi malangnya, aku betul-betul tak tahu nak jawab soalan maths form 1 yang dia selalu tanya tu. Dan, keesokan harinya, baru aku dapat jawab. Means, aku amek masa 1 hari untuk pikir nak jawab camane!

Teringat zaman sekolah dulu-dulu. Matematik adalah subjek kegemaranku. Suka sangat! Aku suka mengira. Lagi 1, buat maths ni, kita guna otak 'pada waktu kejadian' je. Bukan macam subjek sains yang lain. Kena ingat, hafal, simpan dalam otak kemas-kemas supaya tak hilang masa peperiksaan nanti, atau bila-bila diperlukan. Buat latihan maths, boleh sambil tengok tv atau dengar radio. Kalau study sains, mana boleh. Kena fokus.

Bertambah seronok bila dapat keputusan, markah maths tak pernah rendah dari 70%. Alhamdulillah, berkat buat latihan maths hari-hari.

Kini, matematik hanya tinggal kenangan.. Bidang yang aku ceburi sekarang ni memang 'maths-free'. Takde dah kira-kira. Semua menghafal, mengingat, memaham, dan mengaplikasi. Kalau mengira sikit-sikit tu adela. Kira kalori, fat, energy expenditure, portion size, etc.. Eh, bukan 'maths-free' kot, tapi 'less-maths'. Hehe.

Padahal, result SPM aku, maths-based subject, sume aku dapat A1. Yang selain maths (bio, kimia) tak dapat A pun. Tapi kenapa eh, aku tak amek bidang yang ade kaitan dengan maths.. Terjun pulak ke bidang 99% bio+kimia..

Lepas SPM dulu, aku ada dapat tawaran untuk pergi overseas untuk sambung belajar dalam bidang matematik & statistik. Ntah la, masa tu aku tengok je nama course tu, terus hilang semangat. Course ape ni?? Nanti keje apa?? Dia panggil interview. Tapi tu la. Taknak pegi sebenarnya, sebab tak minat dengan course tu. Tapi abah suh pegi gak. Last-last, jadi la camni.

Sebenarnya, tu la masalah aku. Zaman sekolah dulu, aku belajar membuta tuli. Aku tak tahu apa yang aku belajar. Tak tahu kenapa aku kena belajar. Yang aku tahu, sebab sume orang pergi sekolah, aku pun kena la pergi jugak. Lagi satu sebab orang kata, belajar untuk dapat kerja yang bagus bila dah besar nanti. So, aku pun belajar je la. Mana yang aku cam minat lebih, aku fokus, sebab minat.

Tapi tengok la kesudahannya sekarang. Aku tak mampu nak manfaatkan ilmu matematik aku tu. Tak reti nak applikasikan. Fizik yang A tu pun, kadang-kadang aku tak dapat nak relate kan objek di sekeliling aku ni dengan fizik. Cane boleh dapat A ni? Dah hari-hari buat latihan, sume soalan yang kuar masa SPM tu, aku dah pernah buat sebelum tu. :P

Bila dah masuk Matrics IIUM, baru aku sedar. Sains (bio+kimia) yang susah tu la, sebenarnya lagi senang nak diaplikasikan. Maths yang senang tu, sangat la tak reti nak diaplikasikan. Tak nampak. Jadi, sebab tu la aku pilih Bidang Sains Kesihatan ni. Ilmu yang aku timba, bukan hanya untuk dicurahkan di atas kertas exam. Tapi untuk kucurahkan ke lautan masyarakat di alam jagat ni.

Bila dah masuk main campus ni, lagi nampak jelas, betapa besar tanggungjawab yang bakal aku pikul nanti. I'm a Dietitian-to-be! Dengan itu, aku kena belajar sungguh-sungguh. Tak kira berapa pun CGPA yang aku dapat, yang penting ilmu tu sentiasa terpahat di dalam dada, untuk selamanya. Ingat lagi pesan Dr. Nik: "Study for the sake of knowledge". Ilmu yang kita dapat tu pun, sebenarnya bukan untuk kita sendiri je, tapi untuk disampaikan kepada orang lain jugak. Tak kira la ilmu apa sekalipun. Ok! ^_^

p/s: Kerana matematik yang sudah lama ku tinggalkan, aku semakin malas untuk berfikir secara kritis. Wuwu -_-

Sunday, May 17, 2009

Tak payah boikot KFC takpe?




Tak payah boikot KFC lagi?? [link]


KFC Holding sudah dibeli oleh usahawan melayu?? Kire Malaysia punye la?? [link1] [link2]


Kenapa tidak dibuat penjenamaan semula?? [link]


Tapi dah ada alternatif lain yang sah dimiliki oleh orang Islam 100%. Kenapa tak sokong?? [link]



p/s: Kuasa di tangan anda. Lu pikir la sendiri!

Thursday, May 14, 2009

Nak ke, taknak ni..??


Hari yang tidak membosankan. Hehe. Tadi aku temankan Ummi dan adikku ke Shah Alam. Alhamdulillah. Tahniah kepada adik lelaki aku sorang nih. Akhirnya Allah makbulkan jugak impian kamu untuk pergi ke Timur Tengah. Belajar rajin-rajin! ^_^

Nak share sikit dengan kamu-kamu. Tadi masa dengar briefing pasal dermasiswa & pengajian di Timur Tengah adik aku tu, macam terkesan sikit dengan apa yang disampaikan oleh Ustaz yang memberi taklimat.

Sebelum dia start bagi taklimat pasal program, awal-awal lagi dia dah cakap kat semua calon yang berjaya melayakkan diri, dan di'offer melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah, di bawah tajaan Lembaga Zakat Selangor.. "Ok, sape-sape yang rasa dia nak tolak tawaran ni, mungkin sebab dah dapat tajaan JPA ke MARA ke, atau nak pegi dengan agen ke, boleh bagitahu saya hari ni jugak! Sebab kami akan potong nama anda dan naikkan nama yang kat dalam senarai menunggu tu."

Heh, kata Ustaz tu lagi, ada lebih kurang 500++ lagi pemohon kat dalam waiting list. Diorang semua menunggu nasib, mana tau ada calon yang dapat tapi tolak tawaran tu, rezeki diorang la kalau nama dinaikkan.

Kenapa hari ni jugak?? Kena bagitau awal-awal la, sebelum panel pemilih buat final selection. Kuota mesti dipenuhkan. Kalau tak penuh, rugi la. Sebab tu sape yang nak drop, drop cepat-cepat. Supaya tempat dia tu boleh diisi oleh orang lain yang lebih berminat untuk menerima tajaan tu.

Haish, dah apply, pastu tolak pulak?? Kalau macam tu, baik tak payah apply! Apply untuk suka-suka je eh. Test power. Kalau dapat, power la! Kalau tak dapat, tak kesah pun.. Ish, buat ape susahkan diri je nak isi-isi borang. Susahkan orang lain jugak. Panel pemilih tu, tak ke penat diorang nak proses 700 borang yang berlonggok kat depan mata? Bukan senang tau proses menapis-napis borang ni! Kalau budak yang nak tolak tu tak apply awal-awal, kurang 1 borang yang perlu diproses. Kurang jugak 'pening kepala' panel-panel tu. Itu kalau sorang. Kalau 20 orang yang tolak?

Dush! Macam terkena kat aku balik je, ape yang Ustaz tu cakap. Aku suka buat kerja tu. Aku suka 'apply suka-suka'. Masa form 5 dulu. Banyak gak borang yang aku isi. Dan yang best nye, dia panggil aku interview. Cam dah hampir nak dapat je tu..

Tapi kuasa Allah kan.. Aku tak pernah ikhlas pun isi borang-borang tu. Dia panggil interview pun, aku pegi sebab suka-suka, nak rasa pengalaman di'interview'. Dalam hati memang dah cakap "kalau dapat pun, aku taknak pergi". Huhu, teruknye! -_-

Memang Allah nak tunjuk. Sume interview yang aku pergi, sume gagal. Padan muka aku! "innamal a'malu binniyyah" T_T

Nak katanya kat sini, sebenarnya, bila kita dah buat apa-apa permohonan, dan kita dapat, tapi kita tolak pulak sebab kita sebenarnya taknak pegi pun tempat yang kita mintak tu (sebab apply suka-suka je), boleh dikategorikan sebagai ZALIM tu. Sebab kita dah ambil hak orang lain. Sepatutnya ada orang lain yang patut dapat tawaran tu. Tapi disebabkan kita yang 'lebih layak' dapat, maka nama orang tu terpaksa diketepikan. Kesian dia.

Tapi dalam kes aku dulu tu, memang Allah nak tunjuk terang-terang kat aku. Nah ambik kau! Mengada-ngada mintak! Kesian la kat orang lain yang betul-betul nak dapatkan tawaran tu! Huhu~

Moral of the story: Kalau taknak, buat cara taknak. Kalau nak buat permohonan apa-apa, be serious ok! Jangan sebab suka-suka @ test power. Allah tu Maha Adil. Dia tahu apa yang ada dalam hati kita.

Wednesday, May 13, 2009

Yeay, hujan!! ^_^

Alhamdulillah..

Di saat aku menaip entri ni, hujan sedang turun dengan lebatnya! Seronok dengar bunyi hujan. Bahagia betul bila dapat 'hidu' bau tanah yang 'naik' ketika hujan turun (???). Nyaman nya angin yang bertiup ni! Alhamdulillah! Terima kasih Allah! ^_^

"Allahumma syaiyiban nafi'a!" "Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanafaat buat kami"

"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya)."
(Al-A'raf : 57)



Dah lama betul hujan tak turun. 2 minggu lebih, aku kira. Sejak aku balik ke seremban ni, belum pernah sekali pun hujan menitis ke bumi TASIK JAYA ni.

Sejak kebelakangan ni, memang cuaca agak panas. Pasang kipas nombor 5 pun, tak terasa sangat angin nya. (Ke sebab kipas dah lama tak cuci??aiyokk!) Duk dalam tempat ber'air-cond pun, tak puas jugak.

Kamu nak tahu tak, kenapa hujan dah lama tak turun? Sebenarnya, semua tu mengingatkan kita tentang kebijaksanaan Allah. Tak payah kita tentukan, tak perlu kita perintahkan, Allah tahu bila nak turunkan hujan, kenapa perlu hujan, dan banyak mana atau lama mana nak diturunkan hujan.

Ini ada kena mengena dengan bab redha, sehingga kita sanggup terima apa saja, sebab yakin itu semua dari Allah. Tengok firman Allah yg bermaksud :

"Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya."
(Al-Mukminun : 18)

Subhanallah, rupa-rupanya Allah turunkan hujan ada sukatannya! Baru aku sedar, bila Allah sekat hujan daripada turun ke bumi, atau bila Allah turunkan hujan yang sangat lebat, semua tu ada sebabnya dan ada sukatannya.

"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian Kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya." (Al-Hijr : 22)


Semoga ada iktibar untuk peringatan kita.

"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." (Surah Hud : 123)


^_^


Tuesday, May 12, 2009

Aku nak share sesuatu...

Assalamualaikum semua...

Hari ni aku nak share dengan kamu satu lagu. Lagu yang buat air mata ku bergenang, menitis, dan terus mengalir di pipi ku, setiap kali aku mendengar dan menghayatinya.

Lagu yang menyedarkan aku tentang hakikat kejadianku sebagai HAMBA dan KHALIFAH di atas muka bumi ni.

Lagu yang mengingatkan aku akan adanya Allah, dalam hati ku, dan kebersamaanNYA dalam setiap nafas ku.

Lagu yang mengembalikan semangat ku yang pernah hilang tatkala dirundum masalah dan dugaan.

Lagu yang terus-terusan membuatkan aku merasai kehadiranNYA, dan terus-terusan menyemarakkan rasa rindu ku padaNYA.



"Alangkah susahnya mendidik nafsuku, Yang tidak dapat melihat kebenaranMU, Bantulah hambaMU dalam mendidik jiwaku ini.."

Terima kasih Saujana!

-_-

Sunday, May 10, 2009

Happy Ummi's Day!




To all my friends and readers...


Mu'wiyah Ibn Jahimah (may Allah be pleased with him) reported that he once came to the Prophet (peace be upon him) and said: "O, messenger of Allah! I intend to go to jihad. I have come to you seeking your good counsel". He (the Prophet) asked him: "Is your mother alive?" "Yes" Jahimah replied. The Prophet then said "Hold fast onto (serving) her as Paradise lies near her foot"

[An-Nasa'i]


Abu Hurairah (may Allah be pleased with him) said: "A man came to the Messenger of Allah (peace be upon him) and said: "O Messenger of Allah, who among the people is the most deserving of my good companionship?" He said, "Your mother". The man asked "Then who?" He said "Your mother". He asked "Then who?" He said "Your mother". He asked "Then who?" Prophet said "Your father."


[Al-Bukhari and Muslim]



Your Lord has decreed that you worship none but Him, and that you be kind to parents. Whether one or both of them attains old age in your life, say not to them a word of contempt, nor repel them, but address them in terms of honor. And out of kindness, lower unto them the wing of humility, and say: "My Lord, bestow on them Your Mercy as they cherished me in childhood"


[17:23-24]



One ticket to Heaven, to our eternal abode, lies with our obedience and sense of duty to our mothers. They are one of the ticket bearers and hold one of our admission tickets to Paradise!

^_^

Friday, May 8, 2009

Memang Allah sengaja



memang ALLAH sengaja menemukan kita

dengan orang yg salah supaya kita
dapat menjadi penilai yg baik.

memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita
sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg
sentiasa mengharapkan pertolongan
ALLAH.

memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita
dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS
UNTUK DIRI KITA.

memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita
sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH &
PENYAYANG kerana mengingatkan kita
bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat
untuk kita dan kehidupan kita pada
masa depan…

memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita
dapat mengutip pengalaman yg tak semua
orang berpeluang untuk mengalaminya.

memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita jadi
MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita
lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK
HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita
LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK
SELAMANYA KEKAL…



Renung-renungkanlah -_-

Thursday, May 7, 2009

HATI BESAR , hati kecik

Perusahaan keluarga Aqso sudah jatuh bankrupsi. Beliau bersama ibu, bapa, dan isteri telah dihalau keluar dari villa mereka, dan villa itu telah disita. Mereka sekeluarga terpaksa menyewa di sebuah rumah usang dan tidak lagi se'gah' villa yang lama. Rumah yang hanya ada sebuah bilik dan ruang tamu yang kecil. Pada waktu malam, nyamuk dan serangga berpesta di seluruh kawasan rumah tersebut, luar dan dalam. Darah mereka menjadi hidangan utama juga pencuci mulut buat serangga-serangga tu sume.

Ibu: Bang, betul ke kita sume akan tinggal kat sini? Rumah ni terlalu kecik untuk menempatkan kita 4 orang.

Bapa: Iya, sayang. Buat sementara ni, kita tinggal je kat sini. Ni je rumah sewa paling murah yang abang dapat cari.

Ibu: Tapi bang, muat ke........?

Aqso: Ma, kecik atau besar rumah ni, tak penting. Yang penting hati kita. Kalau rumah besar sekalipun, bila hati kita kecik, kebahagiaan takkan dapat kita kecapi. Tapi kalau hati kita besar, rumah yang kecik pun kita akan rasa besar. Dan bahagia pun akan menyusul dalam jiwa kita sume nanti.

Ibu: ..... [tak reti nak jawap pe] .....


*Notakaki = Mungkin ape yang Aqso maksudkan 'hati besar' dan 'hati kecik' tu ialah seluas mana kita dapat berlapang dada dengan apa sahaja ujian yang Allah beri pada kita. Dan setinggi mana tahap kesyukuran kita terhadap apa yang Allah kurniakan pada kita.


Bapa: Aqso, kamu tahu tak. Hidup kita ni seperti roda. Ada masa kita berada di atas. Dan sampai masanya, kita pasti akan ke bawah juga.

Aqso: Betul, Pa. Di atas atau di bawah sebenarnya sama je. Kita semua pasti akan diuji. Cuma bentuk ujian tu mungkin berbeza. Kesenangan tu tak berpanjangan. Kesusahan juga bukan selamanya.

Bapa: Nampaknya, kita harus mulakan semuanya dari awal. Mari kita mulakan hidup baru!

^_^

Wednesday, May 6, 2009

Di manakah kita Nanti??

فَوَ اللهِ الَّذِي لاَ إِلَهَ غَيْرُهُ إِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ حَتَّى مَا يَكُوْنُ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ فَيَدْخُلُهَا، وَإِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ حَتَّى مَا يَكُوْنُ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ فَيَدْخُلُهَا

[رواه البخاري ومسلم]

Demi Allah yang tidak ada Tuhan selain-Nya, sesungguhnya diantara kalian ada yang melakukan perbuatan ahli syurga hingga jarak antara dirinya dan syurga tinggal sehasta akan tetapi telah ditetapkan baginya ketentuan, dia melakukan perbuatan ahli neraka maka masuklah dia ke dalam neraka. Sesungguhnya diantara kalian ada yang melakukan perbuatan ahli neraka hingga jarak antara dirinya dan neraka tinggal sehasta akan tetapi telah ditetapkan baginya ketentuan, dia melakukan perbuatan ahli syurga maka masuklah dia ke dalam syurga

[Riwayat Bukhari dan Muslim]


Baru-baru ni aku terdengar dari sorang kawan, yang mengatakan, salah seorang ahli kumpulan nasyid terkenal, dah 'tergelincir dari landasan' dakwah melalui nasyidnya. Mula-mula dengar, aku macam tak percaya. Tapi lepas ditunjukkan video yang membuktikan kebenaran khabar tersebut, Astaghfirullah... Hanya perkataan tu yang mampu ku lafazkan.

Siapa sangka, seorang yang bergelar Ustaz, tiba-tiba berubah terus kepada keadaan sebaliknya. Dia sekarang seolah-olah lupa akan segala ilmu yang pernah dipelajarinya dulu. Dan seolah-olah telah mempersendakan segala bentuk dakwah yang dia dah sampaikan kepada orang ramai satu masa dulu. Wallahua'lam.

Itulah qadar Allah. Macam yang hadis ke-4 susunan Imam Nawawi (hadis kat atas tuh) kata. Hidayah milik Allah. Bila-bila masa Dia boleh bagi hidayah tu kat sape-sape pun. Dan bila-bila masa jugak Dia boleh tarik balik hidayah tu dari sape-sape yang Dia kehendaki.

Tak mungkin bagi manusia kat dunia ni untuk memutuskan bahawa diri dia akan masuk syurga atau neraka. Amalan kita yang akan jadi sebab, di mana kita Nanti. Amal perbuatan dinilai di akhirnya. Jadi, kita janganlah terpedaya dengan kondisi kita di saat ini. Kita kena selalu mohon kepada Allah agar diberi keteguhan dan pengakhiran yang baik (husnul khotimah).

Resah aku bila memikirkan. Bagaimana agaknya keadaan aku bila ditarik nyawa oleh malaikat maut nanti. Apakah pada waktu tu aku sedang menonton drama televisyen, atau menonton rancangan bual-bicara Islam? Apakah pada waktu tu aku sedang membaca novel cinta, atau membaca kitab Allah? Mungkinkah pada waktu tu aku sedang ber'foya-foya' bersama kawan-kawan di shopping complex, atau mendengar kuliyah agama. Mungkin juga kah pada waktu tu, aku sedang borak-borak kosong sambil mengumpat, atau sedang berkongsi ilmu dengan sahabat se-usrah?

Ya Allah, aku takut. Aku bimbang. PadaMu ku mohon. Tetapkanlah aku di atas jalanMu. Matikan aku dalam agamaMU..

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau memberi petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kami nikmat dari sisiMu. Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi Kurnia. Amiin ya rabbal 'alamin"

Kesian kat saudara kita yang 'tergelincir dari landasan' tu. Cuba bayangkan kalau dia adalah kawan kita, sahabat kita, atau saudara terdekat kita. Sanggup ke kita biarkan dia terus-terusan begitu? Sanggup ke kita biarkan orang ramai dan masyarakat mencaci dan memburuk-burukkan dia? Mungkin semua ni adalah ujian Allah buat dirinya dan juga buat kita semua. Mari sama-sama kita doakan moga dia kembali ke pangkal jalan. Dan moga Allah pelihara Iman dan hidayah yang telah Dia berikan pada kita. Insya-Allah..

Tuesday, May 5, 2009

Buat yang belum bertunang/berkahwin

BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIIM..

Tadi aku terbaca satu artikel kat majalah Solusi terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd. Artikel ditulis oleh Ustaz Hasrizal. Aku sangat-sangat terkesan dengan apa yang disampaikan oleh Ustaz. Artikel tu ditujukan khas buat mereka yang bergelar muslimah yang sangat-sangat menitikberatkan soal aurat dan batas pergaulan dengan kaum lelaki. Dan juga amnya buat semua wanita yang beragama Islam.

Agak tersindir juga aku pada mulanya, bila 'subject' yang di'point' adalah gadis remaja yang ada basic ilmu agama, mengamalkan cara hidup Islam, memahami dengan sebenar-benarnya prinsip hukum menutup aurat. Senang citer, yang pakai tudung melebihi paras dada, labuh, tebal, berbaju kurung atau jubah atau berT-shirt labuh bawah punggung, berstokin kaki dan tangan. Golongan ni la yang selalu dirujuk sebagai 'alim', 'baik', 'ustazah', 'solehah', dan macam-macam lagi la panggilan masyarakat.

Tapi, se'alim' mana pun seseorang gadis tu, KESUCIAN HATI memang susah untuk dijaga. Aku mengaku itu. Bila sebut soal cinta, hati dan perasaan ni, takde beza pun, antara yang pakai tudung labuh atau tudung biasa, atau yang tak pakai tudung pun. Once dah terjerat dalam 'perangkap' tu, mereka yang pakai tudung labuh pun bertindak sama macam yang lain-lain, walaupun ilmu agama mereka lebih mendalam. Yang bezanya, 'kebijaksanaan' mereka yang bertudung labuh tu untuk menutup kesalahan a.k.a dosa mereka di hadapan orang ramai.

Biasanya yang kita nampak, orang bercinta ni, kerap ber'dating, ber'gayut', berbalas sms, bertukar-tukar hadiah harijadi, dan macam-macam lagi la (lu pikir la sendiri). Tapi lain caranya bagi mereka yang dipanggil 'alim' ni. Jangan tak tahu, mereka pun bercinta jugak. Sebab mereka pun insan biasa yang ada naluri untuk menyayangi dan disayangi.

Cinta 'ana'-'enta'-'enti'

" Semakin ramai siswa-siswi hari ni berani membuat hukum sendiri bahawa kononnya cinta mereka adalah suci kerana mereka ber'sms hal-hal iman dan amal serta nasihat-nasihat yang baik. Namun hakikatnya, yang terangsang bukanlah keinginan untuk beribadah dan beramal, tapi gelodak nafsu dan tipuan yang licik dari syaitan."

Contoh paling biasa, si lelaki menghantar sms atau miscall kepada si gadis pada pukul 4 pagi untuk mengejutkannya bangun bertahajjud. Then gadis tu pun bangun la amek wudhu' n solat sunat. Kamu rasa, gadis tu dapat beribadah dengan khusyuk tak? Bangun pun dikejutkan oleh jejaka pujaan hati, tentu-tentu la wajah si jejaka sentiasa bermain-main di fikiran si gadis. Nak-nak pulak, kalau dia buat solat istikharah, "confirm, dialah yang diciptakan untuk jadi suami dan pembimbing hidupku!",katanya. Ha, see..itulah yang dinamakan 'istikharah tipu'. Buat solat istikharah time hati tak bersih. Berat sebelah la jadinya.

Satu lagi, bab jumpa-jumpa ni, mereka memang pandai cover. Pandai cari alasan. Kononnya nak saling tukar-tukar buku ilmiah. Bawa sorang kawan untuk temankan. Ataupun jumpa kat tempat terbuka, supaya orang tak syak wasangka. Hello! Niat kamu asal-asalnye apa? Nak jumpa n nak tengok muka dia? Last-last buku yang dipinjam tak habis baca pun...

" Lelaki atau perempuan yang baik bukanlah yang memakai kosmetik Islam pada sms berbau Islam, atau pakaian berwarna Islam, tetapi pada kekuatan menghalang diri dari saling mengotorkan pasangan dengan maksiat."

Wahai sahabatku yang bernama perempuan, betulkan kembali penilaian kamu terhadap si dia yang kamu katakan 'baik' tu. Sebab, orang yang sanggup bersama-sama berkongsi maksiat dan dosa tanpa mengajak bersama-sama pulang ke pangkal jalan kebenaran dan menjaga maruah, bukanlah jenis orang yang boleh dianggap 'baik'. Sebenarnya dia ialah syaitan yang bertopengkan manusia yang sedang menipu kamu dengan janji-janji manis.

Itulah manusia. Pelupa. Kena selalu diingatkan. So, macamane nak elakkan maksiat hati ni? Ustaz pesan, cepatkan perkahwinan (jika berani berdepan dengan risiko tu) ataupun saling berhijrahlah dengan berpisah dan meninggalkan satu sama lain, sejauh mungkin serta tidak lagi mengadakan apa-apa hubungan walaupun dengan sms. Mulakan hidup baru dan mohonlah petunjuk dariNya. Sesungguhnya cabaran selepas berkahwin adalah jauh lebih berat berbanding dengan sekadar cabaran mengelak dari zina sebelum kahwin.

Wallahua'lam.

P/s: Entri ni ditulis dengan tujuan untuk memberi peringatan dan amaran kepada diri sendiri.

Saturday, May 2, 2009

Dah solat ke belum?

Bismillahirrahmanirrahim..

Sekadar perkongsian bersama pembaca, dan peringatan kepada diri sendiri.

Aku mula belajar mempraktikkan solat sunat Dhuha ni masa aku form 1 (2001) dulu. Sekolah buat aktiviti selepas peperiksaan. Biasalah, lepas habis je Peperiksaan Akhir Tahun, murid-murid tak tahu nak buat apa kat sekolah. Silibus dah habis belajar. Cikgu-cikgu pulak busy tanda kertas exam. Maka ramai la yang akan ponteng sekolah, kecuali if sekolah tu buat program atau aktiviti2 menarik untuk murid-murid manfaatkan sepanjang tempoh 'menanda kertas dan menunggu keputusan' tuh.

Pagi-pagi sebelum bermulanya pengisian aktiviti untuk hari tersebut, kami semua dikehendaki pergi ke surau untuk solat Dhuha berjemaah. Aku ingat lagi, sebelum mula solat, ustaz akan bacakan hadis ni...

“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”

(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)


Seperti yang diajarkan, rakaat pertama baca Al-Fatihah dan As-Syams. Rakaat kedua pulak baca Al-Fatihah dan Ad-Dhuha.


Alhamdulillah, berkat asuhan pihak sekolah dan ustaz-ustazah sekolah tu, sampai sekarang aku tak lupa untuk amalkan solat sunat ni, at least seminggu sekali. Syukur.


Aku ada jumpa satu hadis lain pasal solat Dhuha ni...

"Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan,
"Dhuha." Maka jika kamu datang hari kiamat kelak,
serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang
telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu,
silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah."
[HR At-Tabrani]

Doa yang kita boleh baca lepas solat sunat Dhuha:

"Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha, waktu dhuha-Mu,
cahayanya cahayaMu, kerinduannya kerinduanMu,
kekuatannya kekuatanMu, ya Allah sekiranya rezekiku
ada di langit maka turunkannya jika ada dalam perut bumi
keluarkannya. Jika cahaya itu jauh maka dekatkanlah padaku dan jika
memang hampir denganku maka permudahkannya dengan kebenaran
dhuhaMu, cahayaMu, kekuatanMu dan kesucianMu,
berikanlah kepada hamba-hambaMu yang soleh. Allah
cucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan
atas keluarga dan para sahabatnya serta kesejahteraan.
Dan segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam."

Friday, May 1, 2009

Anak Angkat

Petang kelmarin, dalam kereta on the way nak pegi Giant, aku dengar radio. IKIM FM. Tak pasti pulak slot apa. Tapi yang aku pasti, deejay ngan tetamu jemputan tu tengah berdiskusi pasal ‘anak angkat’. Hurm, macam menarik, aku fikir.

Tetamu tersebut adalah wakil dari salah sebuah syarikat NGO yang prihatin, aku kira. Menariknya, ‘anak angkat’ yang beliau maksudkan adalah anak-anak Palestin yang menjadi mangsa kekejaman rejim Zionis di Gaza baru-baru ni.

Katanya, “ Sepertimana yang kita dah praktiskan pada anak- anak Bosnia Herzegovina yang pernah menjadi mangsa serangan bangsa Serbia terhadap negara mereka pada tahun 1998 dulu, insyaAllah kita sudah merangka rancangan untuk mengambil kanak-kanak Palestin pula sebagai anak angkat kita…”

*Jap eh, program anak angkat ni maksudnya, diorang bawak kanak-kanak tu datang Malaysia, untuk diberi pendidikan dan supaya kebajikan mereka lebih terjamin*

Hurm, kamu fikir bagaimana??

Sebelum aku kata apa-apa, aku nak ucapkan tahniah kepada NGO tersebut. Sebab ‘projek anak angkat’ mereka sebelum ni mendapat pujian dan sokongan banyak pihak. Syabas! Tapi aku rasa, rancangan kali kedua mereka ni, agak kurang praktikal.

Sebabnya, nak ke kanak-kanak tu tinggalkan tanah air mereka? Kita tengok sendiri dalam video-video yang mempamerkan perjuangan rakyat Palestin untuk pertahankan Masjidil Aqsa. Tengoklah aksi kanak-kanak mereka. Semua dengan penuh semangatnya, turun padang, sama-sama bantu golongan dewasa membaling batu ke arah kereta kebal-kereta kebal tentera Yahudi.



Mereka berteriak, sambil melontar batu-batu kecil, yang kita tahu mustahil dapat mencalarkan walau secalit pun pada kereta kebal tentera yahudi yang gagah tu, “ Kami ingin mati syahid! Kami ingin mati syahid!”

Kanak-kanak ni, sejak mereka dalam kandungan lagi, dah dididik oleh ibu bapa mereka, supaya menanamkan semangat jihad yang tinggi dan keimanan yang mantap, tanpa mengira kanak-kanak tersebut lelaki atau perempuan. Lihat sendiri aksi mereka…


Kepada NGO tersebut, selamat berusaha!! ^_^



*Aku insan kerdil yang cetek ilmu pengetahuan* -_-