Thursday, July 30, 2009

Bekerja dengan rasa cinta


“Laksana engkau menenun kain dari benang yang ditarik dari jantungmu, seolah2 orang yang kau kasihi akan mengenakan kain itu nanti”

Begitu mendalam maksudnya. Aku terpana seketika. Hati mula mempersoalkan. Sejauh manakah keikhlasan yang tersulam bersama2 dengan ibadah dan tanggungjawab yang ku galas selama ni.

Bekerja untuk diri sendiri, bekerja untuk kumpulan, bekerja untuk pejabat, bekerja untuk persatuan, bekerja untuk universiti, bekerja untuk ummah, bekerja untuk Islam, bekerja untuk sesiapa atau apa2 sekalipun. Di mana keikhlasan kita?

Laksana engkau menenun kain dari benang yang ditarik dari jantungmu. Pasti sangat menyakitkan. Membuatkan kita berfikir berkali2 sebelum menerima amanah itu. Bila amanah sudah tergalas di atas bahu, kita akan mengambil langkah berjaga2 serta berhati2 dalam melaksanakannya. Supaya tidak lebih menyakitkan lagi gurisan di jantung yang akan meninggalkan luka yang dalam. Supaya tidak ada apa2 kesalahan yang dilakukan yang mungkin boleh mengganggu perjalanan program nanti.

Seolah2 orang yang kau kasihi akan mengenakan kain itu nanti. Pasti akan memberi semangat pada kita untuk terus menenun dan terus bekerja dengan baik. Sudah tentu kita mahukan hasil yang terbaik untuk dipersembahkan kepada orang tersayang. Juga kita akan lebih tekun dan rajin dalam bekerja. Kerna sudah tidak sabar lagi untuk melihat senyuman penghargaan dan kasih sayang daripada orang yang dikasihi tersebut. Kita tidak mahu terjadi sebarang masalah atau kecacatan pada hasilnya nanti. Dengan itu, usaha yang lebih keras akan kita kerahkan.

Itu semua pasti akan kita lakukan dengan hati yang terbuka dan penuh keikhlasan. Tidak ada keterpaksaan di situ. Kita bahagia menggalas beg2 amanah tersebut. Meskipun ia amat berat, alasan dan keluhan cuba kita elakkan.

Pernah aku terdengar kata2 hukama’ : “Allah tidak menilai pada hasil dan natijah atas segala yang kita lakukan. Tapi Dia melihat pada usaha yang kita kerahkan selama kita mencuba untuk melaksanakan amanah tersebut”.


Maha adil nya Tuhan kita.

Jadi, marilah kita sama2 setting niat, tetapkan hala tuju dan objektif yang jelas, perbaiki cara bekerja kita, eratkan hubungan baik kita dengan sahabat seperjuangan yang lain, elakkan dari mencampuradukkan perkara2 yang haram atau tidak baik, bekerjalah dengan jujur dan ikhlas sepenuh hati, supaya setiap gerak kerja dan langkah kita dinilai oleh Allah sebagai ibadah.


^_^


2 comments:

SuTeRa said...

Bekerja dengan ikhlas~
mari kita mujahadah, membersihkan mazmumah dalam hati.kerana selagi mazmumah itu beraja keikhlasan sukar untuk digapai..
Gambatte dak kecik!

faizalMS said...

ainul asrar suke kerja..ari2 die bekerja...hehe..kerja,jgn x kerja..