Friday, July 17, 2009

What goes around, comes around



Segala yang manis pasti ada pahitnya

Begitulah jua hidup bersama

Segala yang indah jadikan hiasan

Segala yang buruk jadikan sempadan


Hari2 yang berlalu meninggalkan banyak pengalaman dan pengajaran pada diriku. Pengalaman adalah guru terbaik dalam kehidupan. Ia lah yang mematangkan ku selama ini. Ahli keluarga dan sahabat handai turut mewarnai lakaran kehidupan ini.


Aku pernah terdengar kata2 seorang pakar motivasi. “Janganlah terlampau menyayangi seseorang, kerna boleh jadi suatu ketika nanti, apabila dia terlanjur melakukan kesalahan yang kecil pada dirimu, kau mungkin akan membencinya. Jangan pula terlampau membenci seseorang, kerna boleh jadi suatu ketika nanti, dia lah orang pertama yang akan hadir memberi bantuan tika kau dalam kesusahan, saat rakan2 mu meninggalkanmu.”


Memang ada benarnya kata2 tersebut. Aku sendiri pernah mengalaminya. Aku pernah meletakkan harapan yang terlalu tinggi pada seseorang yang aku sayangi, hingga pada suatu masa, dia melakukan perkara yang tidak aku senangi. Lalu berlakulah sedikit konflik antara aku dan dia. Aku terlalu makan hati dengan perbuatannya. Kerana, dia tidak seperti yang aku sangka dan harapkan. Sukar untuk berlapang dada dengannya, kerana dia adalah orang yang terlalu aku percayai. Lalu kami saling tidak bertegur sapa antara satu sama lain. Padahal perkara tu sangatlah remeh.


Pernah juga. Aku begitu meluat, menyampah dan tak gemar dengan perangai seorang insan ni. Tapi, dia selalu hadir saat aku memerlukan bantuan. Dia banyak membantu meringankan beban masalah ku. Walaupun aku kurang menghargainya, namun tanpa kusedari, dia sentiasa memberi sokongan di belakang tabir, tanpa pengetahuanku.


Begitulah, rencah kehidupan. Terlalu banyak rasanya dosa2ku terhadap insan2 di sekelilingku. Kini, aku belajar untuk selalu bersangka baik dengan mereka. Selalu berlapang dada dengan keterlanjuran mereka. Sabar dengan kerenah yang tidak sehaluan dengan diriku. Kerana, dari situlah Allah mahu mengajar kita erti sebenar ukhuwah. Sejauh mana kita ingin mengambil pengajaran dengan ujian dan dugaan yang datang.


Allah ciptakan manusia dengan pelbagai ragam dan sifat. Untuk kita saling mengenali antara satu sama lain. Untuk kita belajar bahawa keindahan hidup ni bergantung kepada keindahan warna2 nya yang dicorakkan oleh kita sendiri.


Berhubunganlah dengan ikhlas. Belajarlah untuk menerima segala kebaikan dan kekurangan yang ada pada dirinya. Kerana kita semua insan biasa. Punya kelebihan dan kelemahan tersendiri. Jangan pentingkan diri sendiri sahaja, sehingga mahu semua kehendak kita terpaksa dipenuhi orang lain. Andai kita tak mampu untuk mengikut rentak orang lain, begitu juga mereka. What goes around, comes around.



1 comments:

penyair sepi said...

assalamualaikum..
cepat masa berlalu..
semua yang berlaku ketetapan Allah..
ia berlaku dengan cepat dan pantas..
doa ana agar nti bahagia dan dipertemukan jodoh dengan insan yg soleh..
tiada dendam di hati.. teringin sgt melihat shbt2 gmbira..=)
semua yang berlaku memberikn pengajaran yg sgt2 banyak..
bittaufiq wannajah.
wassalam.