Saturday, July 11, 2009

Kembali

Alhamdulillah, setelah lebih kurang 2 minggu aku tinggalkan AINUL ASRAR ni dek kesibukan kerja yang diamanahkan, hari ni aku kembali berkesempatan untuk menjengah ke sini. 2 minggu yang berlalu, meninggalkan kesan yang amat mendalam pada diriku.

Bermula dengan kepulanganku ke kampus Kuantan...

Masuk bilik baru. Berhabuk sangat2. Dengan barang2 yang banyak dan bersepah2. Rasa macam tak mampu nak kemaskan sendiri. Kalau boleh nak upah orang untuk kemaskan. Tapi berkat kekuatan dan semangat nak masuk sem baru nanti, akhirnya berjaya juga aku menghasilkan sebuah bilik yang selesa untuk didiami. Heheh.

Rakan2 sebilik semuanya senior. Bertambah lagi bilangan kakak yang aku ada. Bilik2 sebelah pun begitu juga. Ada dia yang selama ni memberi semangat padaku untuk terus bertahan dengan ujian2 yang datang di bumi UIA Kuantan ni. Alhamdulillah.

Yang paling mengujakan aku, setiap pagi selepas solat subuh, ada beberapa ekor burung yang riang menyanyi, memuji dan memuja keindahan waktu pagi ciptaanNYA. Di hadapan tingkap bilik aku ada sebatang pokok yang beranting seribu tanpa daun. Di situlah tempat burung2 bertenggek dan berkicau riang, menambahkan lagi seri di waktu pagi. Subhanallah, alangkah indahnya!

Aku menghadiri Induction Course untuk bakal2 committee Ta'aruf Programme 2009 di Amansari Resort Pantai Sepat...

Tempatnya sungguh indah. Betul2 berhadapan dengan laut. Setiap pagi, gerimis hujan membasahi bumi, mengejutkan kami dari lena, untuk kembali beribadah dan melaksanakan amanah. Walaupun kami sibuk membuat perancangan dan gerak kerja sepanjang Ta'aruf Week nanti, kami masih diberi peringatan untuk tidak melupakan Tuhan. Terima kasih kepada Biro Disiplin dan Ibadah, kerana meletakkan taklifat yang mampu dilaksanakan oleh semua komiti.

Selain berbincang tentang job scope, master plan, floor plan, tentative, etc, kami juga diberi kesempatan untuk melakukan aktiviti outdoor. 'Water confident' memberi ilmu tambahan kepada kami. Belajar berenang, terapung dan cara2 menggunakan kompas. Terima kasih kepada steering committee yang merancang semua ni untuk kami.

Di sana jugalah kami (student committes) mula memupuk semangat ukhuwah yang mantap, setiakawan, saling membantu dan bekerjasama untuk memastikan program Ta'aruf akan datang berjalan dengan lancar.

Preparation day di kampus...

Kami banyak menghabiskan waktu di MPH a.k.a Operation Room kami. Menyudahkan kerja2 yang tak sempat dilaksanakan sewaktu induction lalu. Dari pagi sampai ke petang. Ada juga yang stay sampai malam. Dalam jangka masa ni jugak, pelbagai ujian datang menimpa kami, satu persatu. Antara yang paling memberi kesan adalah keberangkatan pulang ketua biro kami ke kampung halamannya. Bapanya dimasukkan ke wad kerana masalah kesihatan. Terpaksa la dia menarik diri daripada menjadi committee program Ta'aruf ni.

Lagi pula, ada beberapa orang lagi committee lain yang turut berhadapan dengan masalah yang sama. Mereka juga menarik diri. Jadi, yang tinggal hanyalah 50 orang sahaja, berbanding 60 orang sebelumnya.

Ta'aruf Week for July intake 2009/2010 session...

Berada dalam biro Welfare & Welcoming ni memang agak mencabar dan menguji ketahanan. Tugas kami bermula dengan menyambut adik2 keluar dari kereta mereka, ke bilik. Macam2 ragam dan kerenah yang kami temui. Pujian dan cemuhan silih berganti. Namun itulah yang terus memberi semangat kepada kami untuk terus bertahan. Manusia, rambut sama hitam, hati lain2. Hanya senyuman yang mampu diberi sebagai respon kepada semua itu.

Hari pertama sungguh memenatkan. Hari kedua pula datang dengan seribu pengharapan. Adik2 ramai yang kurang sihat. Selaku 'ambulans', aku lah yang harus melayan mereka. Sakit gigi, sakit mata, pening kepala, demam, gastrik, senggugut, haih macam2 la budak2 ni. Kehulu kehilir la aku dengan kak wardah mengangkut diorang.

Yang kelakarnya, ada ke patut, committee2 yang lain tu, kalo ada budak sakit je, terus cari aku, call aku, tanya nak buat apa kat budak tu. Aku bukan doktor. Tak tahu sangat pun pasal ubat apa nak bagi, posisi apa yang patut diletakkan pesakit tu. Tapi dengan sedikit bekalan ilmu 1st aid yang ada, boleh laa. Itupun berkat tunjuk ajar kak wahid.

Alhamdulillah, yang paling seronok jadi 'ambulans' ni, bila kerja kita dah selesai, adik2 dah sihat. Ucapan terima kasih yang keluar dari mulut mereka ni, memang lain dari yang lain. Betul2 ikhlas dari hati mereka. Dari hati, menyentuh hati. Itulah kebahagiaan yang dikecapi bila jaga orang sakit. Betul tak, doctor-to-be?

Credits goes to Doktor Norlita Bahari, Doktor Fa'iza Abdullah dan Kak Lin (staff nurse IIUM Health Centre). Mereka memang sporting. Banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar padaku sepanjang aku menjalankan tugas 'menjadi ambulans' ni. Sifat keibuan Dr. Norlita memang tiada tolok bandingnya. Terasa seperti ibu sendiri, apabila beliau memeluk tubuhku. Subhanallah. Rindu kat Ummi.

^_^


Esok, kelas bakal bermula. Bermulalah lagi satu perjuangan yang takkan pernah selesai. Perjuangan mencari ilmu. Setahun berlalu memberi sejuta pengajaran buat diri yang lemah. Moga tahun ini, aku menjadi lebih kuat dan gigih dalam mengharungi kehidupan yang penuh pancaroba. Doa dan sokongan keluarga dan sahabat, amat ku hargai.

Terima kasih Allah! KAU memang Pengasih dan Penyayang!

0 comments: