Sunday, June 28, 2009

Pulanglah




Insya-Allah esok, 29 Jun 2009, aku akan bertolak 'pulang' ke medan-jihad-zon-selesa. Indera Mahkota Campus, Kuantan, Pahang. Dengan berbekalkan misi, visi, dan semangat baru yang kukutip sepanjang cuti semester kali ni, moga Allah permudahkan. Amiin.

Hidup ini bukan hanya untuk belajar dan berseronok sahaja, tapi mencari erti kehidupan sebenar. Ingatlah kata2 Imam Hassan al–Banna, tanggung jawab melebihi masa yang ada.

Adakah kita sudah menyelesaikan segala tanggung jawab yang ada demi Islam tercinta? Atau sekadar menghabiskan masa yang ada dengan hiburan?

Ayuh diriku, bangkit! Jangan kita terlalu lena dengan duniawi. Ukhrawi sedang menunggu kita.

Rabbi Yassir Wala Tu'assir Ya Kariim.

" Para dae’i yang benar-benar ikhlas dan ber’azam hendak menyebarkan risalah Islam wajarlah sentiasa mengingati bahawa medan ‘amal mereka ini bukanlah kegiatan memenuhi masa lapang yang boleh dibuat secara sambil lewa, dan membiarkan diri dan ‘amal mereka dipengaruhi oleh suasana persekitaran yang sentiasa berubah. Sebaliknya seorang dae’i perlu menginsafi bahawa mereka sedang membawa satu amanah yang amat besar lagi berharga, satu tugas paling mulia yang kerananya Nabi-nabi dan Rasul-rasul diutuskan.


Sudah menjadi satu yang lumrah bahawa setiap sesuatu yang besar lagi berharga sukar dicapai melainkan dengan bayaran dan pengorbanan yang besar. Begitu juga sesuatu tujuan dan matlamat yang besar terpaksa melalui dan mengharungi ranjau, kesulitan-kesulitan yang mencabar, dugaan-dugaan yang besar, ujian-ujian yang pahit, penderitaan dan kesedihan, kesukaran-kesukaran dan aneka kesusahan di samping saat-saat merasai kemanisan dan harapan.


Liku-liku yang sangat panjang dalam perjalanan dakwah menuntut para dae’i mempersiapkan diri dengan bekalan supaya dengan bekalan ini perjalanan mereka menjadi lebih terjamin dan sempurna. Mereka memerlukan kasih sayang dan rahmat dari Arhamarrahimin, Tuhan yang dariNya bersumber segala kurniaan dan denganNya berakhir segala ganjaran kerana dariNyalah amanah risalah ini diwarisi ke atas para dae’i.


Hanya dengan bekalan dan panduan-panduan dari Allah para pendokong risalah ini dapat bergerak dengan benar dan menerima limpahan rahmat dariNya. Dengan menyedari dan menuntut bekal ini, para dae’i akan selalu kembali kepada Tuhannya dalam segala perkara dan harapan mereka akan sentiasa hidup kerana panggilan dan bimbingan dari Allah ’Azza Wajalla adalah panggilan yang menghidupkan! "


Al-Ustadz Ya’qub Muhammad Hussin



1 comments:

faizalMS said...

slmt m'jd komiti ta'aruf..krim slm kt adk2 senior.;-p