Wednesday, June 3, 2009

Bila kesakitan berbicara




Pesan Rasulullah: Ingatlah 5 perkara sebelum datang 5 yang lain; sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit, hidup sebelum mati.

Namun insan lemah seperti ku ini, sering alpa. Di luar sedar, aku songsangkan kenyataan itu. Dah sakit, baru ingat nak sihat cepat. Dah tua, terasa ingin kembali ke zaman muda jelita. Waktu miskin, terkenang harta yang dah banyak dihabiskan pada jalan yang tak sepatutnya. Pada waktu sempit pula, barulah nak melatah "kalaulah aku siapkan kerja ni masa aku free hari tu..". Tapi malangnya, di saat tiba due date aku untuk mati, tak ada guna tangis rayu meminta untuk dihidupkan kembali.

Waktu badan sakit-sakit macam ni, terasa banyak sungguh dosa yang telah aku lakukan. Lepas satu, satu nikmat kesihatan tubuh badan ni Allah uji. Mimpi-mimpi buruk kerap kali menyinggah tidurku, memberi peringatan. Jangka hayat aku sudah tidak lama lagi..

Aku harus segera bertaubat. Sebelum segala-galanya terlambat.

YaAllah, maafkan aku kerana tidak menjaga kesihatan tubuh badan yang engkau amanahkan padaku ini. Maafkan aku kerana sering mensia-siakan masa muda aku dulu. Maaf ya Allah, aku kedekut untuk menginfakkan sebahagian hartaku untuk kegunaan di jalanMu. Ya Allah, ampuni aku kerana tidak menghargai masa lapang yang engkau berikan padaku. Wahai Tuhanku Al-Mumit, janganlah Engkau matikan aku sebelum sempat aku bertaubat kepadaMu!

Sabda Rasulullah saw: Bahawa hati itu berkarat seperti karatnya besi, lalu orang bertanya, "wahai Rasulullah bagaimana membersihkannya?" Rasulullah menjawab "membaca al-Quran dan mengingati mati"

1 comments:

iNtuisiiNsurgeNsi said...

ingat 5 perkara sebelum 5 perkara..:-p