Tuesday, June 16, 2009

Kisah Benar - Hospital kerajaan

KISAH BENAR 1

Pada suatu malam 31 Ogos...


Bakal ibu: Abang.. Ayang rase macam dh nak bersalin la. Sakitt.. Aduh, bang tolong bang..!
Bakal ayah: Hah? Yeke? Eh, cepat-cepat. Jom kita pegi hospital.

Di hospital...

Bakal ayah: Nurse..tolong saya.. Isteri saya dah nak melahirkan dah ni..
Nurse: Hurm, meh saya tengok. Eh, Encik, belum lagi ni. Belum bukak betul lagi ni. Encik balik la rumah dulu. Esok baru datang semula. Isteri Encik belum due lagi ni. Cuma sakit-sakit biasa je.
Bakal ayah: ??

Mereka pun pulang semula ke rumah dengan perasaan blur. Keesokan harinya, si isteri mengadu lagi kepada suaminya..

Bakal ibu: Bang! Sakit bang! Ni sungguh2 sakittt!!
Bakal ayah: Ya Allah! Ayang, tahan ye. Abang bawak pegi hospital.

Di hospital yang sama..

Selepas si isteri selamat melahirkan..

Doktor: Astaghfirullahal 'aziim! Kenapa kamu tak bawak isteri kamu datang hospital semalam? Dia patut dah deliver semalam ni.
Bakal ayah: Eh. Semalam saya datang, doc. Tapi ada sorang staff nurse tu kata, belum boleh deliver lagi. Dia suruh datang harini..
Doktor: Apa? Dia kata macamtu? Staff nurse yang mana satu?
Bakal ayah: Ha, yang tu, doktor! Di sebelah katil tu.

Doktor: Misi, betul mereka ni ada datang semalam dan awak kata begitu pada Encik ni?
Nurse: Eh, mana ada. Saya tak kenal pun mereka ni..
(nurse itu berbohong untuk menyelamatkan dirinya)

*******************

KISAH BENAR 2

Pada suatu pagi Hari Raya Aidiladha. Seorang isteri yang hamil 8bulan++ mengadu kepada suaminya, bahawa perut beliau terasa amat sakit. Dia fikir, barangkali sudah tiba masanya untuk si anak di dalam kandungan dilahirkan. Si suami tanpa berlengah, terus berkejar membawa isterinya ke hospital berdekatan.

Di hospital, nurse dan doktor yang bertugas memeriksa bukaan. Air ketuban masih belum pecah. Lalu, tanpa izin si suami mahupun bakal ibu tersebut, ketuban dipecahkan. Lalu berlaku lah komplikasi ke atas si isteri. Kesannya, si isteri tidak mampu untuk melahirkan secara normal. Beliau terpaksa melalui proses Caesarean Section.

Kedua-dua suami dan isteri berasa tidak puas hati dengan tindakan nurse juga doktor itu. Tetapi dalam keadaan genting seperti itu, mereka hanya merelakan. Nyawa isteri dan anak lebih penting.

******************

Beginikah layanan staff di hospital kerajaan? Sangat memedihkan hati. Apakah? Oleh kerana mereka tak dapat cuti pada hari cuti umum tu, mereka nak memberontak kat patient pulak? (kes di atas). Patient tak bersalah tu yang jadi mangsa.

Maaf, aku tak cakap semua staff kat hospital kerajaan macam tu. Sesetengah je. Mereka ni sukar untuk mengikhlaskan diri semasa bertugas. Yang penting, kerja siap. Kesempurnaan, tolak tepi.

Aku ada beberapa orang teman yang belajar dalam bidang perubatan. Mereka masih menjalani clinical posting di sebuah hospital kerajaan. Kebanyakan mereka berkata "Ish, sungguh, saya taknak bersalin kat hospital kerajaan. Kalau macam tu la cara doktor2 tu jahit. Saya sanggup bayar lebih kat klinik swasta.". "Kalau saya pulak, saya akan cari kawan2 saya (doktor juga) yang jahit dengan teliti. Bukan cincai2 macam HO tu buat".

Begitu sekali?? Wahai teman2 ku bakal2 doktor dan jururawat sekalian. Kamu tengok sendiri kan macamane mereka buat kesilapan? Aku mohon, kamu jangan la bertindak macam tu jugak bila kamu semua dah bergelar DOKTOR atau JURURAWAT nanti. Jagalah nama baik hospital kerajaan.

Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.


4 comments:

Jepah said...

jepah da experienced sume ni... huhu... just nk kongsi one of them...

jepah ingt lg mase arwah ayah jepah masuk hospital dulu.. mula-mula masuk kene duk wad org ramai.. (ala, wad yang ramai2 la...)
lepas tu arwah ayah mintak tukar ke wad 1st class sbb sakit dia agak teruk dan dia xnk suasana crowded mcm tu... pastu nurse tu jwb, "maaf pak cik, xde kosong la.."
arwah ayah sabar je... lepas tu mintak lagi... arwah ayah ckp, "tukar la... sy ade duitnyer nk bayar..".. sekali lg nurse ckp xde kosong...

pastu kebetulan lepas tu ketua nurse datang... dan kebetulan juga ketua nurse tu kwn ayah jepah... ayah jepah pun try la tanya... terus dapat tukar ke wad 1st class pada hari itu juga... kalu mar... geram x?

p/s: sori taip pnjang2...

faizalMS said...

memang pun,bkn stkt di hospital..kat badan2 bwh krajaan laen pn cam2 jgk..dorg kje smbil lewa je..huhu..

Jepah said...

x silap jepah nurse tu malas nk uruskan prosedur tukar wad... geram2x... tu baru sal tukar wad... lum service len lg... hmmm....

MAR said...

hmm, attitude mcmtu mmg takleh diterima kn?!
takpela..buat pgjrn utk kita..
nnti kita pun bakal melangkah ke bidang yg lebih kurang mcmtu jugak..
masa tu nnti, baru kita fhm kot apa mslh sbnar mereka tu..
dan kita pn kena selalu igt2kn diri sndri agar tak buat 'perkara yg sama' pada patient kita..
insyaAllah..