Thursday, May 21, 2009

Assalamualaikum



Sedang asyik aku termenung dan mengelamun, sambil pandanganku dilontarkan ke arah dinding, dengan pandangan yang kosong, tiba-tiba ada sepasang makhluk menyekat lamunanku.

Semut. Ada semut kat dinding. Pada mulanya, hanya sepasang semut yang kulihat. Tapi, rupa-rupanya ada banyak lagi kawanan semut yang berjalan dalam bentuk barisan. Dua hala. Satu ke atas siling, satu lagi ke bawah lantai.

Aku hampirkan wajahku ke arah dinding. 'Eh-eh, apa yang semut dua ekor ni tengah buat..?' Mereka berdua merapatkan kepala masing-masing sehingga bersentuhan antara satu kepala dengan yang lain. 2 saat kemudian, mereka meninggalkan satu sama lain, dan meneruskan halatuju ke destinasi masing-masing.


Lantas, 2 ekor semut tadi tu mengulang perkara yang sama kepada semut-semut lain yang bertembung dengan mereka sepanjang landasan perjalanan mereka.


Wow, subhanallah! Semut-semut tu mungkin sedang berteguran sesama mereka. Nampak semacam mereka gunakan antenna di kepala mereka untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang meraka bualkan dalam masa 2 saat yang sekejap tuh?

Ok, kalau kita la, manusia, logiknya, apa yang boleh kita bualkan dalam masa 2 saat? Berbual dengan manusia lain yang terserempak dengan kita di tengah jalan? Manusia yang lain tu, boleh jadi kita kenal, boleh jadi kita tak kenal langsung?

Yeah! GREET. Ataupun lebih dikenali di kalangan Muslim sebagai MEMBERI SALAM.

"Bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. yang mana satu antara amalan dalam Islam itu lebih baik? Jawab Rasulullah, Kamu memberi makan kepada orang yang memerlukannya dan mengucapkan salam ke atas sesiapa yang kamu kenal dan yang tidak kenal"
(Riwayat Bukhari Dan Muslim)

See. Semut yang takde akal tu pun pandai bagi salam kat semut lain bila mereka bertembung. Inikan pulak aku manusia yang ada akal, yang diciptakan dengan sebaik-sebaik ciptaan.

Dulu, kita bangga memberi salam kepada saudara Islam
Tapi kini, kita lebih selesa dengan hanya menyebut 'Hai'
Kononnya lebih mudah dan ringkas
Maklumlah dalam dunia yang serba pantas ni
Segalanya mahu yang mudah dan cepat
Kalau sebut 'Assalamualaikum'
Belum habis sebut perkataan tu
Orangnya dah tiada di depan mata
Itulah antara alasan yang digunakan
Apabila ditanya kenapa dan mengapa begitu
Bahkan sebenarnya
Ia membuktikan betapa rapuhnya ukhuwah islamiyyah kita hari ni

Walhal, antara hak seorang Muslim terhadap Muslim yang lain adalah mengucapkan salam sesama Muslim. Rasulullah saw ada bersabda dalam Riwayat Muslim:

"Demi Zat yang diriku dalam genggamanNya, mereka tidak akan masuk ke syurga sehingga mereka beriman. Dan mereka tidak beriman sehingga mereka saling menyinta. Mahukah kamu aku tunjukkan sesuatu yang jika kamu mengerjakannya kamu akan saling menyintai? Sebarkan salam di kalangan kamu."


Susah ke nak bagi salam? Agak aa. Kenapa, taktau. Sebab tak biasa amalkan kot. Lagi satu, malu. Ish, malu tak bertempat. Ataupun, malas. Aku..aku.. Benda paling basic dalam agama pun susah untuk aku amalkan, inikan pulak perkara-perkara yang lebih core.

Okeyla. Mulai hari ini, aku berazam akan memberi salam kepada sesiapa sahaja Muslim yang bertembung denganku. Tak kire la aku kenal dia ke tak. Memang susah nak mula. Tapi once dah try, aku pasti akan dapat membiasakannya. Kan? Aku akan mula sikit-sikit. Untuk tempoh percubaan ni, aku target dalam seminggu, dapat sorang.

Kenapa target rendah sangat? Hehe. Bukan ke Rasulullah kata, sebaik-baik amalan adalah amalan yang walaupun sedikit tetapi ianya berterusan. Ya, istiqamah! Buat takat mana yang termampu dulu. Jangan paksa diri buat perkara yang kita tak biasa lakukan. Nanti hasilnya, kita akan bosan, terbeban, dan tak larat dah nak amalkan. Tak ke rugi tu..

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Sebarkanlah salam walaupun kepada mereka yang sedikit. ^_^

Assalamualaikum!

0 comments: