Wednesday, May 13, 2009

Yeay, hujan!! ^_^

Alhamdulillah..

Di saat aku menaip entri ni, hujan sedang turun dengan lebatnya! Seronok dengar bunyi hujan. Bahagia betul bila dapat 'hidu' bau tanah yang 'naik' ketika hujan turun (???). Nyaman nya angin yang bertiup ni! Alhamdulillah! Terima kasih Allah! ^_^

"Allahumma syaiyiban nafi'a!" "Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanafaat buat kami"

"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya)."
(Al-A'raf : 57)



Dah lama betul hujan tak turun. 2 minggu lebih, aku kira. Sejak aku balik ke seremban ni, belum pernah sekali pun hujan menitis ke bumi TASIK JAYA ni.

Sejak kebelakangan ni, memang cuaca agak panas. Pasang kipas nombor 5 pun, tak terasa sangat angin nya. (Ke sebab kipas dah lama tak cuci??aiyokk!) Duk dalam tempat ber'air-cond pun, tak puas jugak.

Kamu nak tahu tak, kenapa hujan dah lama tak turun? Sebenarnya, semua tu mengingatkan kita tentang kebijaksanaan Allah. Tak payah kita tentukan, tak perlu kita perintahkan, Allah tahu bila nak turunkan hujan, kenapa perlu hujan, dan banyak mana atau lama mana nak diturunkan hujan.

Ini ada kena mengena dengan bab redha, sehingga kita sanggup terima apa saja, sebab yakin itu semua dari Allah. Tengok firman Allah yg bermaksud :

"Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya."
(Al-Mukminun : 18)

Subhanallah, rupa-rupanya Allah turunkan hujan ada sukatannya! Baru aku sedar, bila Allah sekat hujan daripada turun ke bumi, atau bila Allah turunkan hujan yang sangat lebat, semua tu ada sebabnya dan ada sukatannya.

"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian Kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya." (Al-Hijr : 22)


Semoga ada iktibar untuk peringatan kita.

"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." (Surah Hud : 123)


^_^


1 comments:

Jepah said...

hujan itu rahmat... =)
panas pun rahmat jugak.. =)
nikmat dan dugaan sentiasa dtg dan pergi... =)