Wednesday, May 6, 2009

Di manakah kita Nanti??

فَوَ اللهِ الَّذِي لاَ إِلَهَ غَيْرُهُ إِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ حَتَّى مَا يَكُوْنُ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ فَيَدْخُلُهَا، وَإِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ حَتَّى مَا يَكُوْنُ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ فَيَدْخُلُهَا

[رواه البخاري ومسلم]

Demi Allah yang tidak ada Tuhan selain-Nya, sesungguhnya diantara kalian ada yang melakukan perbuatan ahli syurga hingga jarak antara dirinya dan syurga tinggal sehasta akan tetapi telah ditetapkan baginya ketentuan, dia melakukan perbuatan ahli neraka maka masuklah dia ke dalam neraka. Sesungguhnya diantara kalian ada yang melakukan perbuatan ahli neraka hingga jarak antara dirinya dan neraka tinggal sehasta akan tetapi telah ditetapkan baginya ketentuan, dia melakukan perbuatan ahli syurga maka masuklah dia ke dalam syurga

[Riwayat Bukhari dan Muslim]


Baru-baru ni aku terdengar dari sorang kawan, yang mengatakan, salah seorang ahli kumpulan nasyid terkenal, dah 'tergelincir dari landasan' dakwah melalui nasyidnya. Mula-mula dengar, aku macam tak percaya. Tapi lepas ditunjukkan video yang membuktikan kebenaran khabar tersebut, Astaghfirullah... Hanya perkataan tu yang mampu ku lafazkan.

Siapa sangka, seorang yang bergelar Ustaz, tiba-tiba berubah terus kepada keadaan sebaliknya. Dia sekarang seolah-olah lupa akan segala ilmu yang pernah dipelajarinya dulu. Dan seolah-olah telah mempersendakan segala bentuk dakwah yang dia dah sampaikan kepada orang ramai satu masa dulu. Wallahua'lam.

Itulah qadar Allah. Macam yang hadis ke-4 susunan Imam Nawawi (hadis kat atas tuh) kata. Hidayah milik Allah. Bila-bila masa Dia boleh bagi hidayah tu kat sape-sape pun. Dan bila-bila masa jugak Dia boleh tarik balik hidayah tu dari sape-sape yang Dia kehendaki.

Tak mungkin bagi manusia kat dunia ni untuk memutuskan bahawa diri dia akan masuk syurga atau neraka. Amalan kita yang akan jadi sebab, di mana kita Nanti. Amal perbuatan dinilai di akhirnya. Jadi, kita janganlah terpedaya dengan kondisi kita di saat ini. Kita kena selalu mohon kepada Allah agar diberi keteguhan dan pengakhiran yang baik (husnul khotimah).

Resah aku bila memikirkan. Bagaimana agaknya keadaan aku bila ditarik nyawa oleh malaikat maut nanti. Apakah pada waktu tu aku sedang menonton drama televisyen, atau menonton rancangan bual-bicara Islam? Apakah pada waktu tu aku sedang membaca novel cinta, atau membaca kitab Allah? Mungkinkah pada waktu tu aku sedang ber'foya-foya' bersama kawan-kawan di shopping complex, atau mendengar kuliyah agama. Mungkin juga kah pada waktu tu, aku sedang borak-borak kosong sambil mengumpat, atau sedang berkongsi ilmu dengan sahabat se-usrah?

Ya Allah, aku takut. Aku bimbang. PadaMu ku mohon. Tetapkanlah aku di atas jalanMu. Matikan aku dalam agamaMU..

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau memberi petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kami nikmat dari sisiMu. Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi Kurnia. Amiin ya rabbal 'alamin"

Kesian kat saudara kita yang 'tergelincir dari landasan' tu. Cuba bayangkan kalau dia adalah kawan kita, sahabat kita, atau saudara terdekat kita. Sanggup ke kita biarkan dia terus-terusan begitu? Sanggup ke kita biarkan orang ramai dan masyarakat mencaci dan memburuk-burukkan dia? Mungkin semua ni adalah ujian Allah buat dirinya dan juga buat kita semua. Mari sama-sama kita doakan moga dia kembali ke pangkal jalan. Dan moga Allah pelihara Iman dan hidayah yang telah Dia berikan pada kita. Insya-Allah..

2 comments:

As said...

hati tu boleh berbolak balik kan..
moga Allah tetapkan hati-hati kita :)

hijau sume..suka2 :D

MAR said...

To As:

Ha'ah, kalau dah 'Raja' pun berbolak balik, apatah lagi 'rakyat' nya..moga hidayahNya sentiasa menaungi kita.

hurm, kite lagi jeles masuk bilik akak.laaaagiiii hijau~
huhuu~