Saturday, May 2, 2009

Dah solat ke belum?

Bismillahirrahmanirrahim..

Sekadar perkongsian bersama pembaca, dan peringatan kepada diri sendiri.

Aku mula belajar mempraktikkan solat sunat Dhuha ni masa aku form 1 (2001) dulu. Sekolah buat aktiviti selepas peperiksaan. Biasalah, lepas habis je Peperiksaan Akhir Tahun, murid-murid tak tahu nak buat apa kat sekolah. Silibus dah habis belajar. Cikgu-cikgu pulak busy tanda kertas exam. Maka ramai la yang akan ponteng sekolah, kecuali if sekolah tu buat program atau aktiviti2 menarik untuk murid-murid manfaatkan sepanjang tempoh 'menanda kertas dan menunggu keputusan' tuh.

Pagi-pagi sebelum bermulanya pengisian aktiviti untuk hari tersebut, kami semua dikehendaki pergi ke surau untuk solat Dhuha berjemaah. Aku ingat lagi, sebelum mula solat, ustaz akan bacakan hadis ni...

“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”

(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)


Seperti yang diajarkan, rakaat pertama baca Al-Fatihah dan As-Syams. Rakaat kedua pulak baca Al-Fatihah dan Ad-Dhuha.


Alhamdulillah, berkat asuhan pihak sekolah dan ustaz-ustazah sekolah tu, sampai sekarang aku tak lupa untuk amalkan solat sunat ni, at least seminggu sekali. Syukur.


Aku ada jumpa satu hadis lain pasal solat Dhuha ni...

"Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan,
"Dhuha." Maka jika kamu datang hari kiamat kelak,
serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang
telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu,
silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah."
[HR At-Tabrani]

Doa yang kita boleh baca lepas solat sunat Dhuha:

"Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha, waktu dhuha-Mu,
cahayanya cahayaMu, kerinduannya kerinduanMu,
kekuatannya kekuatanMu, ya Allah sekiranya rezekiku
ada di langit maka turunkannya jika ada dalam perut bumi
keluarkannya. Jika cahaya itu jauh maka dekatkanlah padaku dan jika
memang hampir denganku maka permudahkannya dengan kebenaran
dhuhaMu, cahayaMu, kekuatanMu dan kesucianMu,
berikanlah kepada hamba-hambaMu yang soleh. Allah
cucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan
atas keluarga dan para sahabatnya serta kesejahteraan.
Dan segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam."

0 comments: